A Study On The Relationship Between Gratitude And Subjective Well-Being

Yeo, Yet Phing (2016) A Study On The Relationship Between Gratitude And Subjective Well-Being. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (379Kb) | Preview

    Abstract

    Rasa bersyukur merupakan sebahagian daripada kekuatan manusia yang dapat memampan tekanan dan mengekalkan kesejahteraan subjektif individu. Ia boleh menjadi satu pilihan pendekatan bantu-diri untuk pelajar-pelajar universiti dalam menangani tekanan harian mereka. Walau bagaimanapun, pendekatan mengkaji rasa bersyukur yang ada adalah terlalu umum dan tidak memberi tumpuan terperinci pada sumber timbulnya perasaan bersyukur. Kajian ini meneroka peristiwa yang boleh mencetuskan rasa bersyukur dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Kajian turut menilai sifat bersyukur dan kesejahteraan subjektif. Selain itu, kajian ini meneliti hubungan antara sifat bersyukur, kekerapan dan keamatan peristiwa yang mencetuskan rasa bersyukur, dan kesejahteraan subjektif. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa: Kaedah penyelidikan Fasa 1 berbentuk kualitatif, Fasa 2 berbentuk kuantitatif. Pendekatan persampelan yang digunakan ialah persampelan bertujuan. Dalam Fasa 1, temu bual separa berstruktur dijalankan dengan 30 pelajar ijazah sarjana muda dari sebuah universiti awam. Fasa ini digunakan untuk meneroka peristiwa yang dapat mencetuskan perasaan bersyukur. Dalam Fasa 2, kertas soal selidik diedarkan kepada 837 pelajar ijazah pertama dari sebuah universiti awam dan universiti swasta. Gratitude is a part of human strengths that buffer stress and prolong subjective well-being. It can be an option for self-help approach to assist university students in coping with their daily stressors. Nevertheless, current approach to studying gratitude is too general and has not looked into sources of gratitude in detail. The present study examined events that can trigger gratitude among university students in Malaysia. This study also assessed dispositional gratitude and subjective well-being. Furthermore, this study investigated the relationship between gratitude disposition, frequency and intensity of gratitude-triggering events, and subjective well-being. The study was conducted in two phases: Phase 1 was qualitative in design, Phase 2 was quantitative in design. The sampling approach used was purposive sampling. In Phase 1, semi-structured interviews were conducted with 30 undergraduate students from a public university. This phase was utilised to explore the gratitude-triggering events. In Phase 2, questionnaires were distributed to 837 undergraduate students from a public university and private university.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 08 Mar 2017 11:56
    Last Modified: 11 Apr 2017 15:23
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32339

    Actions (login required)

    View Item
    Share