Mustapha, Yanti Aspha Ameira
(2016)
Stimulating Malaysian Sme Performance: The Synergistic Role Of Entrepreneurial Capital, Entrepreneurial Competencies And Institutional Support.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan melihat kesan sinergi modal keusahawanan, kompetensi keusahawanan dan bantuan kerajaan kepada prestasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. Berasaskan model kompetensi keusahawanan dan teori institusi, tujuan kajian untuk menyediakan rangka kerja teori yang mantap untuk meneroka kesan modal individu (modal insan dan rangkaian), kebolehan individu (kompetensi keusahawanan) dan sokongan kerajaan (kegunaan) kepada Prestasi PKS (kewangan dan bukan kewangan). Setakat ini, kajian terdahulu hanya melihat penyumbang kepada prestasi secara berasingan dan menghasilkan keputusan yang tidak seragam. Tujuan kajian ini adalah usaha membetulkan percanggahan yang ada dan memberi penjelasan yang lebih komprehensif kepada faktor penentu prestasi usahawan. Kerangka kajian dibentuk untuk mengenal pasti dan menilai faktor-faktor yang memberi kesan kepada kecekapan kompetensi usahawan dan prestasi PKS. Teknik kaji selidik melalui laman sesawang digunakan untuk mengumpul data daripada pemilik/pengurus PKS.
This study looks at the synergistic role of entrepreneurial capital, entrepreneurial competencies and government assistance on the performance of small medium enterprises (SME) in Malaysia. Grounded in the model of entrepreneurial competencies and the institutional theory, the study provides a robust theoretical framework for exploring the impact of individual capital (human and network), individual abilities (entrepreneurial competencies) and government support (usefulness) on SME performance (financial and non-financial). Thus far, previous studies have looked into these contributors to performance in isolation to one another and results have been inconclusive. This thesis reconciles these discrepancies and provides a more comprehensive explanation to the entrepreneur-performance puzzle. A research model is developed to identify and evaluate the driving factors affecting entrepreneurs’ competencies and SME performance. A web survey technique is employed to collect data from SME owner-managers.
Actions (login required)
|
View Item |