Nadarajan, Vijayan Kumar
(2016)
Tekanan Kerja Dalam Kalangan Kakitangan Di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP). Subjek kajian terdiri daripada kakitangan di JBSNPP. Jumlah sampel kajian ialah 52 orang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian ini cuba melihat tahap tekanan kerja kakitangan di JBSNPP. Kemudian faktor-faktor penentu kepada tekanan kerja telah dikaji untuk melihat sama ada faktor-faktor demografi mempengaruhi tekanan kerja dan komitmen organisasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tekanan kerja yang dihadapi oleh kakitangan di JBSNPP berada pada tahap yang tinggi. Komitmen organisasi juga berada pada tahap yang tinggi. Dari segi gender, kajian mendapati tidak ada perbezaan signifikan dari segi tekanan yang dihadapi oleh lelaki dan perempuan. Begitu juga tentang tahap komitmen organisasi, perbezaan gender tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap komitmen responden.
This research aims to study the factors of work stress among the employees at the Department of Youth and Sports in the State of Penang (JBSNPP). The subjects of study are the employees at JBSNPP. The number of samples in this study is 52 people. The study was carried out using a questionnaire form. The study tries to look at the level of work pressure experienced by the staff of the JBSNPP. Then, the determinig factors of work stress was studied to see whether demographic factors have an influence on work stress and organization commitment.The result of the study showed that work stress faced by the staff of JBSNPP is ata a high level. Organization commitment is also at a high level. In terms of gender, the study found no significant difference in terms of work stress faced by male and female respondents. The same goes for organization commitment, difference in gender has no significant influence on the level commitment of the respondents.
Actions (login required)
|
View Item |