V. V. Menon, V. Chadra Shakaran
(2016)
Effects Of Presentation Modes On The Learning Of Sign Language Among Hearing Impaired Students With Different Cognitive Styles.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian kuantitatif ini menyiasat kesan mod persembahan ke atas
pembelajaran bahasa isyarat dalam kalangan 147 orang pelajar bermasalah
pendengaran di sekolah rendah pendidikan khas di Malaysia. Suatu reka bentuk
faktorial kuasi-eksperimen 2 x 3 dengan ukuran berulang bagi pemboleh ubah
moderator dalam reka bentuk praujian-pascaujian kumpulan kawalan tidak setara
telah disesuaikan dalam kajian ini. Pemboleh ubah bebas adalah tiga mod perisian
koswer iaitu video Bahasa Isyarat, Teks dan Imej (SLTI), video Bahasa Isyarat dan
Teks (SLT) dan video Bahasa Isyarat dan Imej (SLI). Pemboleh ubah moderator
adalah pelbagai gaya kognitif (FD dan FI). Pemboleh ubah bersandar adalah
pencapaian pelajar seperti yang diukur oleh skor pascaujian. Kajian ini terdiri
daripada dua bahagian, iaitu pembangunan dan penilaian. Dalam bahagian pertama, 3
mod persembahan direka dan dibangunkan. Dalam bahagian kedua, kajian ini
mengkaji kesan tiga mod persembahan bahasa isyarat multimedia ke atas pelajar
bermasalah pendengaran pelbagai gaya kognitif. Analisis statistik ANOVA dan
ANCOVA telah dijalankan untuk menguji hipotesis dalam kajian ini.
This quantitative study investigated the effects of presentation modes on the
learning of sign language among 147 hearing impaired students in special education
primary schools for the hearing impaired in Malaysia. This study consists of two
parts, namely, development and evaluation. A 2 x 3 quasi-experimental factorial
design with repeated measure for the moderator variable in a non-equivalent control
group pretest-posttest design was adopted in this study. The independent variables
are the three presentation modes of the courseware namely Sign Language Video,
Text and Image (SLTI), Sign Language Video and Text (SLT) and Sign Language
Video and Image (SLI). The moderator variable is the different cognitive styles (FD
and FI). The dependent variable is the students' achievement scores as measured by
the posttest scores. In the first part, the presentation modes were designed and
developed. In the second part, this study investigated the effects of the three
presentation modes on hearing impaired students of different cognitive styles.
ANOVA and ANCOVA analyses were conducted to test the null hypotheses in this
study.
Actions (login required)
|
View Item |