Afandi, Nurul Diyana
(2015)
Green Development: Developers’
Motivation, Expectation And
Experience.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini mengkaji tentang motivasi, jangkaan dan pengalaman pemaju
terhadap pembangunan hijau. Pembangunan hijau dalam sektor pembinaan dapat
membantu memelihara alam sekitar. Malaysia didapati telah mencatatkan kadar
kenaikan dalam bilangan pembangunan bangunan hijau. Namun, perkembangan ini
masih dikira berada ditahap sederhana. Sebilangan besar pemaju masih lagi tidak
mahu mengambil pendekatan pembangunan hijau. Sehubungan itu, kajian ini
dilakukan bagi menyelidik faktor-faktor yang merangsang pemaju untuk mengambil
pendekatan pembangunan hijau. Kajian turut difokuskan kepada jangkaan pemaju
terhadap pembangunan hijau kerana jangkaan ini dilihat boleh mempengaruhi
tindakan pemaju. Kajian diteruskan dengan pengumpulan maklumat mengenai
pengalaman pemaju yang diperoleh semasa terlibat dalam proses pembangunan
hijau. Pengumpulan data bagi kajian ini diperoleh melalui dua kaedah iaitu borang
soal selidik dan temubual. Sebanyak 435 borang soal selidik telah dihantar melalui
pos kepada responden yang dikenalpasti dan alamat mereka diperoleh melalui
pangkalan data REHDA.
This research explores the developers’ motivation, expectation and
experience in green development. Green development offers an opportunity to leave
a lighter footprint on the environment. Malaysia has reported an increasing trend of
companies developing green buildings. However, even with this increasing number,
the level of green development is still moderate. Majority of developers are still
resisting to green changes. Following this awareness, this study investigated the
factors that drive developers’ into green development. This study also focused on the
developers’ expectation, as expectation is perceived to have an influence in
developers’ commitment towards green development. Next, this research gathered
the information on developers’ experience in green development. The data was
collected using two methods: a survey and semi-structured interview. The survey
questionnaire was posted to 435 respondents, whom contact details were retrieved
from REHDA databases.
Actions (login required)
|
View Item |