Tan , Yih Tyng
(2016)
Komponen Varians Interaksi Pelajar Dengan Soalan Dan Kesan Terhadap Kebolehpercayaan.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Dalam bidang pendidikan, varians interaksi pelajar dengan item merupakan
kesan yang terbaur dalam ralat kerana item ujian hanya diuji sekali dan tidak akan
diulangi terhadap kumpulan pelajar yang sama. Objektif utama kajian ini adalah
untuk mengasingkan kesan interaksi pelajar dengan item daripada unsur ralat. Kesan
interaksi pelajar dengan item ini dikaji sama ada ia mempunyai pengaruh terhadap
pekali kebolehpercayaan. Teori kebolehitlakan atau dikenali sebagai teori G
digunakan dalam kajian ini. Teori G menyediakan dua kajian iaitu kajian
kebolehitlakan (kajian G) dan kajian keputusan (kajian D). Kajian G adalah
penganggaran komponen varians bagi ujian yang sedia ada kemudian indeks
kebolehpercayaan dihitung berdasarkan komponen-komponen varians tersebut.
Indeks kebolehpercayaan dalam teori G dikenali sebagai pekali kebolehitlakan, 2 .
Pengasingan interaksi pelajar dengan item dari ralat dilakukan berdasarkan kepada
empat model yang berasingan. Model yang pertama (kajian G I) ialah reka bentuk
faset tunggal bersilang iaitu pelajar bersilangan dengan item (p×i). Kemudian fasetfaset
tambahan ditambahkan ke dalam model kedua (kajian G II) iaitu reka bentuk
dua faset bersilang pelajar (p)×item (i)×masa (o). Model yang ketiga (kajian G III)
adalah analogi kepada reka bentuk tersarang bagi model pertama yang mana item
tersarang dalam taksonomi (t), reka bentuk p×i menjadi p×i:t.
In the field of education, person by item interaction variance component is
confounded in error because the test items were only tested once and they will
not be repeated to the same group of students. The main objective of this study is
to separate the person by item interaction from the error term. The effect of the
person by item interaction was studied whether its has an influence on the
reliability coefficient. Generalizability theory or also called G theory was used in
this study. G theory provides two studies which is generalizability studies (G
study) and decision studies (D study). G study is a estimation of variance
components for the existing test and the reliability index is calculated based on
the variance components. The reliability index in G theory is known as the
generalizability coefficient, 2 . Separation of person by item interaction from the
error term was done according to four different models. The first model (G study
I) is the single facet crossed designed which the person crossed item design (p×i).
Then, the supplemental facets were added into the second model (G study II),
which are the two facets crossed design, person (p)×item(i)×occasion(o). The
third model (G study III) was analog to the nested model of the first model,
where the item was nested with taxonomy (t) and now p×i design become p×i:t.
Actions (login required)
|
View Item |