Mohamed Noor, Noor Carmelita
(2015)
Wanita Dan Pemerkasaan: Satu Kajian Kes Penglibatan Isteri Nelayan Dalam Persatuan Kunita Sinar Mutiara Di Pulau Pinang.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Persatuan Kumpulan Isteri Nelayan (KUNITA) telah ditubuhkan di Malaysia hampir 30 tahun yang lalu dan dikatakan banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sosio-ekonomi masyarakat nelayan. Namun kajian secara spesifik untuk melihat sama ada penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan KUNITA mampu untuk meningkatkan tahap pemerkasaan ahlinya masih belum banyak dijalankan. Walaupun ahli-ahli Persatuan KUNITA telah banyak diberikan bantuan dari segi bentuk kewangan dan kemahiran melalui kursus-kursus dan bengkel yang dibiayai oleh LKIM namun mereka yang benar-benar berjaya menjadi usahawan adalah dalam jumlah yang amat kecil. Dengan menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian, tesis ini ingin mengkaji bagaimana persatuan KUNITA sebagai organisasi penting dalam Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berperanan dalam memperkasakan ahli-ahli KUNITA yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan.
Fishermen's Wives Association Group (KUNITA) was established in Malaysia almost 30 years ago and claimed to be one of the contributors in enhancing the economic status of fishing communities. However, specific studies to see whether the involvement of women in entrepreneurial activities KUNITA was able to increase the level of empowerment of its members is still yet to be done. While members of KUNITA was awarded with various forms of assistance in terms of finance and skills through courses and workshops funded by LKIM but the real successful entrepreneurs are hard to produce. Using in-depth interviews and observations, objective of this thesis is to examine how KUNITA as an important organization in the Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM) play its role in empowering KUNITA members in entrepreneurship activities.
Actions (login required)
|
View Item |