Pengaruh Nutrien, Cahaya Dan Tekanan Persekitaran Terhadap Pertumbuhan Dan Fotosintesis Pada Ulva reticulata

Ahmad, Siti Hajar (2016) Pengaruh Nutrien, Cahaya Dan Tekanan Persekitaran Terhadap Pertumbuhan Dan Fotosintesis Pada Ulva reticulata. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (555kB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesan nutrien, cahaya dan kemasinan terhadap pengambilan nutrien, kadar pertumbuhan, kepekatan klorofil a & b dan kadar fotosintesis pada U. reticulata. Keputusan kajian mendapati kadar pengambilan ammonium, nitrat dan fosfat meningkat apabila kepekatan nutrien dalam media bertambah. Kadar pengambilan ammonium dan nitrat didapati dipengaruhi oleh kehadiran cahaya manakala pengambilan fosfat tidak dipengaruhi oleh kehadiran cahaya. Ammonium adalah nutrien yang paling mudah diambil oleh U. reticulata berbanding nitrat dan fosfat. Apabila dua jenis nutrien hadir serentak dalam media, kehadiran ammonium akan merencat kadar pengambilan nitrat manakala kehadiran fosfat membantu pengambilan ammonium dan nitrat. Kepekatan nitrat yang tinggi didapati akan meningkatkan kadar fotosintesis, kepekatan klorofil a & b dan kadar pertumbuhan spesifik. Kadar fotosintesis maksimum adalah 1631.94 ± 131.074 μmol O2gbk−1j-1 pada keamatan cahaya 450 μmol foton m-2s-1. Keamatan cahaya yang rendah (50 μmol foton m-2s-1) dan waktu pencahayaan yang singkat (6 jam cahaya: 18 jam gelap) menghasilkan kepekatan klorofil yang tinggi manakala keamatan cahaya yang tinggi (300 μmol foton m-2s-1) dan tempoh pencahayaan yang lama (24 jam cahaya: 0 jam gelap) menghasilkan kepekatan klorofil yang rendah. Kadar pertumbuhan spesifik tertinggi adalah pada keamatan cahaya 200 μmol foton m-2s-1. A study was conducted to investigate the effects of nutrient, light and environmental stresson nutrient uptake, growth rate, chlorophyll concentration a & b and photosynthesis rate of Ulva reticulata. The result shows that the rates of ammonium, nitrate and phosphate uptakes increase with increasing nutrient concentrations in the media. Ammonium and nitrate uptake rates were affected by light but phosphate uptake rate was not. Ammonium is the easiest to be taken by U. reticulata compared to nitrate and phosphate. Availability of two nutrients simultaneously in the media shows inhibitory effect of ammonium to nitrate uptakes whereas phosphate availability facilitates ammonium and nitrate uptakes. Higher nitrate concentration resulted to higher photosynthesis rate, chlorophyll concentration and specific growth rate. Maximum photosynthesis is 1631.94 ± 131.074 μmol O2gbk−1j-1 achieved at 450 μmol photon m-2s-1 light intensity. Low light intensity (50 μmol photon m-2s-1) and shorter light irradiance (6 hours irradiance: 18 hours dark) increased chlorophyll concentration whereas high light intensity (300 μmol photon m-2s-1) and longer irradiance (24 hours irradiance: 0 hours dark) decreased chlorophyll concentrations. The specific growth rate was highest at 200 μmol photon m-2s-1.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC5800-5808 Distance education.
Divisions: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (School of Distance Education)
Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
Date Deposited: 02 Mar 2017 08:23
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32272

Actions (login required)

View Item View Item
Share