In Vitro Investigation Of Cytotoxicity And Apoptosis Induction By Methanol Extract Of Calophyllum Inophyllum Fruit In MCF-7 Human Breast Cancer Cell Line

Shanmugapriya, Shanmugapriya (2016) In Vitro Investigation Of Cytotoxicity And Apoptosis Induction By Methanol Extract Of Calophyllum Inophyllum Fruit In MCF-7 Human Breast Cancer Cell Line. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (712Kb) | Preview

    Abstract

    Calophyllum inophyllum adalah sejenis tumbuhan bakawali yang kaya dengan nilai-nilai perubatan yang telah dimanfaatkan secara meluas dari zaman dahulu lagi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Walaupun C. inophyllum termahsyur dengan sejarah perubatan tradisionalnya, tetapi hanya sedikit bukti saintifik yang melaporkan tentang ketoksikan C. inophyllum khususnya buah C. inophylum, dimana tiada kajian langsung yang melaporkan tentang mekanisma tahap molekul yang komprehensif. Oleh itu, penyelidikan ini telah dilaksanakan untuk menentukan ketoksikan ekstrak buah C. inophyllum secara in vitro terhadap titisan sel kanser manusia MCF-7 dengan penjelasan terperinci mengenai mekanisma tahap molekular disebalik kematian sel kanser. Dalam kajian ini, pengesahan spesies tumbuhan serta analisis jumlah kandungan fenol telah dijalankan. Kesan sitotoksisiti ekstrak buah C. inophyllum terhadap titisan sel kanser MCF-7 telah dinilai dengan menjalankan ujian-ujian MTT dan CyQuant yang menunjukkan perencatan pertumbuhan sel MCF-7 dengan nilai IC50 sebanyak 19.63 μg/mL dan 27.54 μg/mL masing-masing. Penelitian terhadap morfologi sel MCF-7 setelah dirawat dengan ekstrak buah C. inophyllum pada kepekatan IC50 (23.59 μg/mL) telah memaparkan ciri-ciri histologi apoptosis yang jelas. Calophyllum inophyllum is an exquisite plant species with rich ethnomedicinal values have been diversely utilized to heal several diseases. In spite of its long-established sophisticated traditional medicinal properties, only a few investigations have reported its cytotoxicity especially fruit extract, with absolutely no means of scientific evidence of its comprehensive molecular mechanism. Hence, this study was conducted to determine the in vitro cytotoxicity of C. inophyllum fruit extract against MCF-7 human breast cancer cells with an intricate elucidation of the molecular mechanism of the cell death. In this study, authentication of the plant species and the determination of total phenolic content were carried out. The cytotoxic effect of C. inophyllum fruit extract against MCF-7 cancer cells was evaluated through MTT and CyQuant assays which demonstrated the inhibition of cell viability with the IC50 values 19.63 μg/mL and 27.54 μg/mL respectively. The preliminary time-based morphological investigation of MCF-7 cells treated with the IC50 value (23.59 μg/mL) of C. inophyllum fruit extract revealed prominent histological characteristics of apoptosis.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R735-854 Medical education. Medical schools. Research
    Divisions: Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (Institute for Research in Molecular Medicine INFORMM) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 02 Mar 2017 14:54
    Last Modified: 05 Apr 2017 14:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32260

    Actions (login required)

    View Item
    Share