Penilaian Kesesuaian Tanah Untuk Penempatan Berdasarkan Fizikal Persekitaran, Bencana Dan Implikasi Sosial Di Banda Aceh, Indonesia

Rusdi, Muhammad (2016) Penilaian Kesesuaian Tanah Untuk Penempatan Berdasarkan Fizikal Persekitaran, Bencana Dan Implikasi Sosial Di Banda Aceh, Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1563Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian untuk menilai kesesuaian tanah berdasarkan aspek fizikal persekitaran, bencana dan implikasi sosial bagi kawasan penempatan telah dijalankan di Banda Aceh, Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek fizikal persekitaran yang asas untuk kawasan penempatan dan lokasi kawasan penempatan yang berisiko dilanda bencana. Selain itu, tahap kesedaran, alasan dan persepsi penduduk yang menduduki kawasan penempatan yang terdedah kepada bencana turut dikaji. Pada akhir kajian, cadangan pelan yang dapat digunakan untuk mengurangkan risiko bencana turut dikemukakan. Penilaian kesesuaian tanah ini dijalankan menggunakan sistem Food and Agriculture Organization (FAO) manakala data ruangan dianalisis menggunakan Geographic Information System (GIS). Hasil analisis aspek fizikal persekitaran mendapati bahawa seluruh Banda Aceh adalah bersesuaian untuk dijadikan kawasan penempatan. Namun begitu, berdasarkan analisis bencana, didapati bahawa 54% daripada luas keseluruhan Banda Aceh adalah tidak sesuai untuk kawasan penempatan (berisiko), dan 29% daripadanya adalah kawasan yang berisiko sangat tinggi untuk dilanda bencana. A study of land suitability evaluation based on physical environment, disaster and social implications for settlement areas has been conducted in Banda Aceh, Indonesia. The study aims to identify the basic physical environment for the settlements. It also identifies and confirms the locations of settlement areas that are prone to disaster. Furthermore, it also analyzes the awareness level, reasons and perception of the residents in those high-risk residential areas. Finally, the research results should be able to recommend the proposed plan to reduce disaster risks. The concept of land suitability evaluation adopts the system by Food and Agriculture Organization (FAO) and was done by processing the spatial data using Geographic Information System (GIS) with spatial analysis. The analysis of physical environment results showed that the whole area of Banda Aceh is suitable for residential purpose. However, based on the disaster analysis, it is found that 54% of the total area of Banda Aceh is not suitable for settlements (risky), and out of them, 29% is a very high-risk area.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
    Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 24 Feb 2017 15:53
    Last Modified: 22 Mar 2017 09:44
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32223

    Actions (login required)

    View Item
    Share