Praktis Rawatan Buprenoprhine/Naloxone Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Doktor Swasta Dan Pesakit

Md Dazali, Mohammad Nazri (2016) Praktis Rawatan Buprenoprhine/Naloxone Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Doktor Swasta Dan Pesakit. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (423Kb) | Preview

    Abstract

    Buprenoprhine/Naloxone (BNX) merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat masalah kebergantungan dadah jenis opioid. Sejak rawatan ini diperkenalkan pada tahun 2006, tiada kajian dibuat bagi mengenalpasti praktis rawatan BNX yang diberikan oleh doktor swasta. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pesakit dan doktor swasta yang memberikan rawatan BNX, mengenalpasti praktis rawatan BNX dan mengenalpasti halangan yang dihadapi pesakit dalam menjalani rawatan. Sejumlah 253 orang pesakit dan 88 orang doktor swasta dari Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang dilakukan secara kaedah keratan rentas dengan menggunakan borang soal selidik. Majoriti pesakit (92%) berpuashati dengan keberkesanan BNX, dengan 79% mengambil dos harian BNX pada dos 2 mg ke bawah. Walaupun begitu, 55.2% pesakit masih mengambil dadah terlarang lain. Kajian juga mendapati 65% pesakit tidak pernah menjalani sesi khidmat nasihat dengan doktor bagi mendapatkan maklumat berkaitan rawatan mereka, 92% pernah mengambil BNX melalui cara administrasi lain selain subligual dan 78% pesakit mengaku mengambil dos BNX mereka beberapa kali sehari. Dalam kalangan doktor swasta pula, hanya 2.3% dalam bidang rawatan kebergantungan dadah dan majoriti (81.8%) dalam bidang general practitioner. Buprenorphine/Naloxone (BNX) is a pharmacological treatment for opioid dependency. Since its introduction in Malaysia in 2006, no study has been carried out looking at the treatment practices. The objective of this study is to identify problems encountered by BNX patients and private doctors, treatment practices and barriers experienced by patients who are in treatment. This cross-sectional study was carried out by using 2 different sets of questionnaire among 253 BNX patients and 88 private doctors in Peninsular Malaysia. Majority of BNX patients (92%) were satisfied with the treatment with average daily dose of 2 mg BNX. However, half of the patients (55.2%) were still using other drugs while on treatment. This study also showed about 65% patients had never been counselled about BNX treatment by their doctor, 92% had administered BNX using different routes other than sublingual, and 78% admitted taking BNX multiple times in a day. Among private doctors, only 2.3% had specialty in drug dependence treatment while 81.8% were general practitioners.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM300-666 Drugs and their actions
    Divisions: Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (Centre for Drug Research)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 24 Feb 2017 09:04
    Last Modified: 24 Feb 2017 09:04
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32211

    Actions (login required)

    View Item
    Share