Md Dazali, Mohammad Nazri
(2016)
Praktis Rawatan Buprenoprhine/Naloxone Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Doktor Swasta Dan Pesakit.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Buprenoprhine/Naloxone (BNX) merupakan sejenis ubat yang digunakan
bagi merawat masalah kebergantungan dadah jenis opioid. Sejak rawatan ini
diperkenalkan pada tahun 2006, tiada kajian dibuat bagi mengenalpasti praktis
rawatan BNX yang diberikan oleh doktor swasta. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi pesakit dan doktor swasta yang memberikan
rawatan BNX, mengenalpasti praktis rawatan BNX dan mengenalpasti halangan
yang dihadapi pesakit dalam menjalani rawatan. Sejumlah 253 orang pesakit dan 88
orang doktor swasta dari Semenanjung Malaysia telah mengambil bahagian dalam
kajian ini yang dilakukan secara kaedah keratan rentas dengan menggunakan borang
soal selidik. Majoriti pesakit (92%) berpuashati dengan keberkesanan BNX, dengan
79% mengambil dos harian BNX pada dos 2 mg ke bawah. Walaupun begitu, 55.2%
pesakit masih mengambil dadah terlarang lain. Kajian juga mendapati 65% pesakit
tidak pernah menjalani sesi khidmat nasihat dengan doktor bagi mendapatkan
maklumat berkaitan rawatan mereka, 92% pernah mengambil BNX melalui cara
administrasi lain selain subligual dan 78% pesakit mengaku mengambil dos BNX
mereka beberapa kali sehari. Dalam kalangan doktor swasta pula, hanya 2.3% dalam
bidang rawatan kebergantungan dadah dan majoriti (81.8%) dalam bidang general
practitioner.
Buprenorphine/Naloxone (BNX) is a pharmacological treatment for opioid
dependency. Since its introduction in Malaysia in 2006, no study has been carried
out looking at the treatment practices. The objective of this study is to identify
problems encountered by BNX patients and private doctors, treatment practices and
barriers experienced by patients who are in treatment. This cross-sectional study was
carried out by using 2 different sets of questionnaire among 253 BNX patients and
88 private doctors in Peninsular Malaysia. Majority of BNX patients (92%) were
satisfied with the treatment with average daily dose of 2 mg BNX. However, half of
the patients (55.2%) were still using other drugs while on treatment. This study also
showed about 65% patients had never been counselled about BNX treatment by their
doctor, 92% had administered BNX using different routes other than sublingual, and
78% admitted taking BNX multiple times in a day. Among private doctors, only
2.3% had specialty in drug dependence treatment while 81.8% were general
practitioners.
Actions (login required)
|
View Item |