Pentadbiran Jenayah Di Kelantan, 1902-1941

Zakaria, Mohamad Ehsan (2016) Pentadbiran Jenayah Di Kelantan, 1902-1941. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (434Kb) | Preview

    Abstract

    Tesis ini mengkaji pentadbiran jenayah di Kelantan antara tahun, 1902-1941. Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa perubahan sosioekonomi yang diperkenalkan oleh pentadbiran kolonial British di Kelantan merupakan punca peningkatan jenayah di Kelantan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah sejarah dengan pendekatan kuantitatif dan kualitatif berpandukan kepada sumber pertama dan kedua. Sebahagian besar daripada kajian ini menggunakan sumber-sumber pertama seperti fail Annual Report Kelantan, British Adviser Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mahkamah Pasir Puteh dan rekod Colonial Office serta beberapa buah buku daripada kajian lepas yang berkaitan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati tindakan pihak British memperkenalkan pentadbiran tanah baru dengan melaksanakan pelbagai sistem percukaian baru merupakan faktor penting berkembangnya jenayah di Kelantan. Hal ini terbukti apabila, jenayah mencuri di Kelantan meningkat sebanyak 98.19 peratus antara tempoh 1910-1914. Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang bersempadan dengan Siam terutamanya Kedah yang hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 51.64 peratus dalam tempoh yang sama. Malah, di bawah pentadbiran British juga, wujud beberapa jenayah baru dalam kehidupan sosial masyarakat Kelantan iaitu jenayah protes dan kekacauan serta jenayah mencuri secara kecil-kecilan. This thesis examines the crime administration in Kelantan, 1902-1941. This research aims to prove that the socio-economic changes introduce by the British colonial administration in Kelantan was the factor of the crime increments in Kelantan. The historical method used in this research based on quantitative and qualitative approaches referring to the primary and secondary resources. Most of these studies are using primary source such as file Annual Report of Kelantan, British Adviser of Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Mahkamah Pasir Puteh and Colonial Office as well as several books from the previous related studies. Overall, research findings show that the actions of the British introduced a new land administration by implement the new tax system is an important factor that led to the increment of crime cases in Kelantan. It is proven when the crime of stealing has increased to 98.19 percent within the period 1910-1914. This increment is the highest compared to the other neighboring states of Siam especially Kedah, which only recorded the increment of 51.64 percent in the same period. In fact, during the British ruling, there were also several new crimes appeared in Kelantan community such as protest and chaos crime as well as petty theft.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
    Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 23 Feb 2017 17:21
    Last Modified: 13 Mar 2017 10:57
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32205

    Actions (login required)

    View Item
    Share