The Effects Of Socio-Cultural Factors And Socio-Economic Status On The Writing Performance Of Iranian Tertiary Learners

Bijami, Maryam (2016) The Effects Of Socio-Cultural Factors And Socio-Economic Status On The Writing Performance Of Iranian Tertiary Learners. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (764Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengkaji bagaimana faktor sosiobudaya dan status sosioekonomi memberi kesan terhadap prestasi penulisan pelajar ijazah pertama Iran yang mengikuti pengkhususan dalam terjemahan dan literatur bahasa Inggeris. Perlu dicatatkan bahawa faktor sosiobudaya dalam kajian ini mencakupi gender, penglibatan ibu bapa, penglibatan adik-beradik, maklum balas guru dan juga maklum balas rakan. Sementara itu, status sosioekonomi (SES) mencakupi pendidikan ibu bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Bagi memenuhi objektif kajian dan persoalan penyelidikan, suatu reka bentuk penyelidikan kaedah bercampur digunakan untuk mentriangulat kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif. Penyelidik menggunakan pensampelan bukan-kebarangkalian (jenis bertujuan) di empat buah universiti, iaitu Shahid Bahonar University, Vali-e-Asr University, Isfahan University dan Shiraz University. Seramai 400 orang pelajar daripada keempat-empat universiti tersebut yang mengikuti pengkhususan dalam bidang terjemahan dan literatur bahasa Inggeris, terlibat sama dalam kajian ini secara sukarela. Bagi fasa kuantitatif, data diperoleh daripada tugasan penulisan dan soal selidik. Sebaliknya bagi fasa kualitatif, data dikumpul daripada temu bual separa struktur. Dapatan kajian gagal menunjukkan sebarang perkaitan yang signifikan di antara gender, pengibatan ibu bapa, penglibatan adik-beradik, maklum balas rakan dengan prestasi penulisan pelajar. This study examines the extent to which socio-cultural factors and socioeconomic status affect the writing performance of Iranian undergraduates majoring in English language translation and English language literature. The sociocultural factors in the present study comprise gender, parents' and siblings' involvement and feedback from teachers and peer. The aspects of socioeconomic status taken into consideration in this study include parents' education and occupation and family income. In order to fulfill the objectives of the study and the nature of research questions, a mixed-methods research design was adopted to triangulate both the qualitative and the quantitative data. The researcher used non-probability sampling (purposive type) in four universities namely Shahid Bahonar University, Vali-e-Asr University, Isfahan University and Shiraz University. Four hundred participants from these universities majoring in English language translation and English language literature participated in the present study on a voluntary basis. For the quantitative phase, data was obtained from the writing task and the questionnaire while qualitative data, was collected from the semi-structured interviews. The findings of the present study did not reveal any significant relationship between gender, parents' involvement, sibling's involvement, peer feedback and participants' writing performance.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
    Divisions: Pusat Pengajian Bahasa Literasi & Terjemahan (School of Languages, Literacies and Translation) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 23 Feb 2017 15:34
    Last Modified: 13 Mar 2017 10:36
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32198

    Actions (login required)

    View Item
    Share