Asadisarvestani, Khadijeh
(2016)
Determinants Of Fertility Behavior And Contraceptive Usage Among Married Women In The Productive Age: A Case Study Of Shiraz County, Iran.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Iran seperti negara-negara lain telah mengalami banyak perubahan demografi.
Kejayaan program perancangan keluarga serta pembangunan sosio-ekonomi telah
menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan secara dramatik di Iran. Justeru,
para perancang dasar Iran sedang meneliti semula dasar yang berkaitan dengan
kependudukan untuk menambahbaik kadar kesuburan. Walaupun program
peancangan keluarga di Iran adalah antara yang berjaya di dunia, namun masalah
seperti keperluan yang tidak dipenuhi, kehamilan tidak dikehendaki dan
pengguguran haram masih lagi mempunyai peratusan yang tinggi. Oleh itu, tujuan
utama kajian ini adalah untuk menyelidik faktor-faktor yang memberikan kesan
terhadap perilaku kesuburan serta penggunaan kaedah perancangan keluarga.
Kerangka teori telah dibina berdasarkan teori transisi demografi, teori permintaan
dan pengeluaran serta teori difusi. Kajian ini merupakan sebuah penyelidikan secara
kuantitatif, menggunakan kaji selidik. Sampel bagi kajian ini merupakan golongan
wanita yang telah berkahwin dalam lingkungan umur subur (15-49 tahun) yang
tinggal di sekitar Wilayah Shiraz, Iran. Data ini telah dikumpulkan dengan
menggunakan kaedah soal selidik daripada 626 wanita yang telah dipilih melalui
kaedah pengumpulan sampel kluster pelbagai dan persampelan bertujuan. Analisis
data telah dijalankan dengan menggunakan SPSS (versi 20).
Iran like other countries has experienced a lot of demographic changes. The
success of the Iranian family planning program as well as socioeconomic changes
has contributed towards a dramatic decline in fertility rate. As a result, Iranian policy
makers are revising population policies to improve the fertility rate. On the other
hand, although a family planning program of Iran is one of the most successful
family planning programs in the world, but it still has many unsolved problems such
as a high rate of unmet need, unwanted pregnancies and illegal abortions. Hence, the
main purpose of this research was to investigate factors that affect both fertility
behavior and contraceptive usage in Shiraz County, Iran. A theoretical framework has
been designed based on demographic transition theory, demand-supply theory and
diffusion theory. The study is a quantitative research and its technique is survey.
The sample of this study was all married women in productive age (15-49) who were
living in the Shiraz County (include Shiraz City and rural areas). Data has been
collected by questionnaire from 626 women who were selected by multi cluster
sampling and purposive sampling. Data were analyzed using SPSS (version 20).
Actions (login required)
|
View Item |