Tingkah Laku Devian Pelajar Etnik India Di Sekolah Menengah Dalam Daerah Kinta, Perak

Sandra Segaran, Dhanabalan (2016) Tingkah Laku Devian Pelajar Etnik India Di Sekolah Menengah Dalam Daerah Kinta, Perak. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (670Kb) | Preview

    Abstract

    Statistik menunjukkan peningkatan kes pelajar etnik India dalam aktiviti devian secara drastik di negeri Perak dari tahun 2010 hingga 2012. Pelajar etnik India yang bermasalah disiplin adalah sebanyak 21.3% berbanding dengan 14.2% populasi keseluruhan etnik India bersamaan dengan nisbah satu (1) pelajar bermasalah disiplin bagi setiap sembilan (9) orang pelajar etnik India. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan teori ikatan sosial sebagai panduan untuk mengenal pasti faktor sosial yang menjadi penyumbang kepada penglibatan remaja etnik India dalam aktiviti devian. Objektif kajian ini adalah untuk memahami faktor-faktor sosial yang boleh mempengaruhi seseorang pelajar etnik India untuk bertingkah laku devian. Antara faktor yang diteliti adalah faktor teladan ibu bapa/ penjaga, faktor hubungan responden dengan ibu bapa, rakan dan guru, faktor komitmen terhadap sekolah, faktor penglibatan terhadap aktiviti sosial/ kemasyarakatan dan faktor kepercayaan terhadap agama/ nilai moral. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik menggunakan teknik pensampelan tujuan (purposive sampling) dengan menggunakan kaedah pengumpulan sampel melalui borang soal selidik kepada pelajar dan sesi temu bual terhadap ibu bapa/ penjaga dan guru disiplin. Selain itu, penyelidik menggunakan kaedah kajian keratan lintang secara kuantitatif. Statistics shows a drastic increase in cases of Indian ethnic students involved in deviant acts from the year 2010 to 2012. Indian ethnic students who are deviant or problematic are 21.3% compared to 14.2% of the total population of Indian ethnic students which is equivalent to a ratio of one (1) student with disciplinary problems out of nine (9) Indian students. For the purpose of this study, the researcher used the social control theory as a guideline to identify the social factors that contribute to the involvement of young Indians in deviant activities. The objective of this study is to identify the social factors that can influence the Indian students which cause them to exhibit deviant behavior. Among the factors that have been observed are taking parents/ guardians as role models, the relationship attachments with parents, friends and teachers, commitment towards school, involvement in social/ community activities and belief in religious/ moral values. For the purpose of this study, the researcher used purposive sampling technique in which samples are collected through questionnaires and interview with parents/ guardians and disciplinary teachers. The researcher also used quantitative cross-sectional method.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 20 Feb 2017 15:01
    Last Modified: 11 Apr 2017 15:23
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32140

    Actions (login required)

    View Item
    Share