Strategi Komunikasi Untuk Pembangunan Lestari : Forum Csr, Indonesia: Sebuah Kajian Persuratan

Yani Hendrayani, Yani Hendrayani and Hashim, Nor Hazlina (2015) Strategi Komunikasi Untuk Pembangunan Lestari : Forum Csr, Indonesia: Sebuah Kajian Persuratan. In: Second International Conference On Media, Communication And Culture (ICMCC 2015), 30 Nov. - 2 Dec. 2015, Vistana Hotel, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (180Kb) | Preview

    Abstract

    Pembangunan lestari adalah persoalan kompleks yang memerlukan sebuah kerjasama yang kuat antara syarikat kerajaan dan masyarakat dalam aktiviti perkongsian sosial. Forum CSR Daerah merupakan organisasi yang melaksanakan koordinasi program CSR dan program pembangunan yang berorientasikan pembangunan lestari. Namun terdapat jurang pengetahuan yang besar mengenai isu-isu kelestarian berdasarkan persepsi pengurus 'perniagaan bagi kes kelestarian demikian juga bagi pihak kerajaan. Sehingga dalam mencerminkan kekompleksan pembangunan lestari dipengaruhi oleh tekanan yang diterima, pengalaman dan pelbagai budaya yang berbeza. Tulisan ini menghuraikan proses komunikasi dalam aktiviti perkongsian sosial antara syarikat, kerajaan dan masyarakat di Forum CSR, Indonesia untuk mengupas permasalahannya. Oleh kerana itu tulisan ini bertujuan mendeskripsikan 1) konseptualisasi komunikasi penyertaan dalam perkembangan komunikasi di era modern 2) cuba membangunkan strategi komunikasi dalam membina perkongsian trisektor dan menjadikan pembangunan lestari mudah didekati dan difahami. Berdasarkan tinjauan literature menegaskan bahawa komunikasi dan dialog berketerusan menyumbang kepada kejayaan perkongsian tiga sektor pemegang taruh. Sehingga untuk mencipta visi bersama dan strategi bersama dalam menyelesaikan kebimbangan dari isu-isu yang melampaui skop pihak tertentu iaitu mengedapankan prinsip saling pengertian yang merupakan tujuan dari komunikasi penyertaan. Pada akhir tulisan ini, penyelidik berharap untuk membangunkan strategi komunikasi serta mencadangkan komunikasi bermedia untuk menunjang dalam menyampaikan mesej yang tepat melalui beberapa platform yang tersedia oleh seluruh ahli Forum CSR Jawa Barat dalam proses penyertaan untuk mewujudkan pembangunan lestari di Indonesia.

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Additional Information: Name Of Student : Haja Mydin B. Abdul Kuthoos
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
    Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > International Conference on Media, Communication, & Culture (ICMCC)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 16 Feb 2017 17:10
    Last Modified: 16 Feb 2017 17:10
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32120

    Actions (login required)

    View Item
    Share