Analisis Corak Aliran Komunikasi Dalaman Organisasi. Kajian Kes Operator Pelabuhan

Ramli, Suhailawatie and Siarap, Kamaliah and Hashim, Nor Hazlina (2015) Analisis Corak Aliran Komunikasi Dalaman Organisasi. Kajian Kes Operator Pelabuhan. In: Second International Conference On Media, Communication And Culture (ICMCC 2015), 30 Nov. - 2 Dec. 2015, Vistana Hotel, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (145Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan untuk mengetahui corak aliran komunikasi dalaman organisasi yang dipraktikkan di Penang Port Sdn Bhd (PPSB). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti corak aliran komunikasi dalaman organisasi yang dipraktikkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan atasan dengan pekerja PPSB dan mengetahui persepsi pekerja mengenai pengaruh peribadi Ketua Pegawai Eksekutif dan pihak pengurusan atasan dalam komunikasi dalaman organisasi PPSB. Seterusnya untuk menganalisis bagaimana komunikasi dalaman dapat membina reputasi positif syarikat di kalangan pekerja PPSB. Kaedah kajian adalah melalui tinjauan temubual secara mendalam. Responden kajian terdiri daripada sepuluh (10) orang pekerja yang mewakili pelbagai peringkat iaitu pengurus, eksekutif dan sokongan. Hasil kajian mendapati, terdapat ketidak seimbangan dalam aliran corak komunikasi dalaman di PPSB, majoriti pekerja menerima maklumat secara mendatar. Kesan hubungan pengaruh peribadi memberi impak dalam menentukan corak komunikasi dalaman di PPSB, walau pun pekerja jarang berinteraksi dan berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan atasan. Walaupun emel di anggap saluran komunikasi yang efektif, pilihan utama pekerja adalah komunikasi secara bersemuka kerana ia memberi kepuasan kepada pekerja untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Komunikasi dalaman yang efektif di antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja dapat membina reputasi positif di kalangan pekerja kerana majoriti pekerja mengakui dengan berinteraksi dengan pihak pengurusan atasan dapat membantu pekerja menjadi jurucakap kepada syarikat.

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Additional Information: Name Of Student : Haja Mydin B. Abdul Kuthoos
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
    Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > International Conference on Media, Communication, & Culture (ICMCC)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 16 Feb 2017 16:38
    Last Modified: 16 Feb 2017 16:38
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32111

    Actions (login required)

    View Item
    Share