Study On Basal Food Trophic In Two Different Freshwater Ecosystem

Zainodin, ‘Amila Faqhira (2016) Study On Basal Food Trophic In Two Different Freshwater Ecosystem. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1097Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menyiasat komposisi serangga akuatik, aktiviti hanyutan dan jaringan makanan mereka di kawasan terpilih di negeri Perak, utara Malaysia. Empat sungai di Bukit Merah telah dipilih untuk mengkaji hubungan komposisi serangga akuatik dengan ciri-ciri sungai. Satu ribu lapan puluh tujuh (1087) individu daripada tujuh order dan 27 famili telah dipungut daripada semua sungai kajian. Koleksi serangga akuatik yang terbanyak telah diperolehi di Sungai Ara dengan 580 individu. Selain menggunakan komposisi serangga akuatik, ciri-ciri fizikokimia air juga telah digunakan untuk memantau kesihatan sungai secara meluas. Semua sungai kajian di Bukit Merah diklasifikasikan sebagai bersih (Kelas II) berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA). Fizikokimia sungai iaitu, kedalaman, ammonia-nitrogen, jumlah pepejal terampai, keperluan oksigen kimia dan halaju mempengaruhi taburan dan kepelbagaian fauna akuatik. Untuk lebih memahami kepelbagaian dan kaedah penyebaran serangga akuatik, corak hanyutan dan keberkalaan diel serangga akuatik telah dikaji. Serangga akuatik yang hanyut telah dipungut pada setiap selang enam jam dalam tempoh 24 jam menggunakan pensampel drif. Tiga ribu seratus empat puluh tujuh (3147) individu yang diwakili oleh sembilan order, 49 famili dan 81 genera serangga akuatik yang hanyut telah dikumpulkan. Present study investigated the composition of aquatic insects, their drift activities and their food webs in selected sites in Perak, northern state of Malaysia. Four rivers in Bukit Merah were chosen to study the relationship of aquatic insect composition with the characteristics of the river. One thousand and eighty-seven (1087) individuals from seven orders and 27 families were collected from all study rivers. The most abundant aquatic insect collection was obtained at Ara River with 580 individuals. Besides using composition of aquatic insects, the physicochemical characteristics of the water also has been used to monitor health of rivers world widely. All study rivers in Bukit Merah were classified as clean (Class II) based on the Water Quality Index (WQI). The physicochemistry of the rivers i.e., depth, ammoniacalnitrogen, TSS, COD and velocity affected the distribution and diversity of the aquatic fauna. To further understand aquatic insects’ diversity and their method of dispersal, drift pattern and diel periodicity of aquatic insects was investigated. Drifting aquatic insects were collected at every six hourly intervals within 24-hour period using a drift sampler. Three thousand one hundred and forty-seven (3147) individuals represented by nine orders, 49 families and 81 genera of drifting aquatic insects were collected.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 16 Feb 2017 10:10
    Last Modified: 10 Apr 2017 10:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32103

    Actions (login required)

    View Item
    Share