Water Quality And Zooplankton Community Structure Of Tembat River, Hulu Terengganu

Saidin, Ahmad Nazri (2016) Water Quality And Zooplankton Community Structure Of Tembat River, Hulu Terengganu. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1045Kb) | Preview

    Abstract

    Taburan dan komposisi spesies zooplankton dari segi ruang dan masa telah dikaji di Sungai Tembat, Hulu Terengganu. Persampelan ke atas empat stesen kajian terbahagi kepada zon hulu (Stesen 1 dan Stesen 2) dan hilir sungai (Stesen 3 dan Stesen 4) telah dijalankan setiap bulan bermula dari bulan Februari 2012 sehingga Mei 2013. Secara keseluruhannya, sebanyak 16 spesies rotifera, 2 spesies kladosera dan 3 spesies kopepoda telah dikenalpasti sepanjang kajian. Kelimpahan dan bilangan spesies yang direkodkan tertinggi direkodkan di zon hulu sungai dan didominasikan oleh kumpulan rotifer jika dibandingkan dengan kumpulan kladosera dan kopepoda. Tiada perbezaan yang bererti (p>0.05) bagi komposisi zooplankton di antara kawasan kajian tetapi terdapat perbezaan yang bererti (p<0.05) bagi komposisi zooplankton di antara musim kering dan basah. Bilangan spesies zooplankton tertinggi direkodkan di Stesen 1 dengan 20 spesies diikuti Stesen 2 (18 spesies), Stesen 4 (17 spesies) dan paling rendah di Stesen 3 (15 spesies). Study on zooplankton and composition based on spatial and temporal of Tembat River, Hulu Terengganu been carried out. Four sampling stations been divided to upper zone (Station 1 and Station 2) and lower zone (Station 3 and Station 4) and sampling been carried out monthly started from February 2012 until May 2013. A total of 16 species of rotifers, 2 species of cladocerans and 3 species of copepods have been recorded in this study. The highest abundance and species number was recorded at upstream zone and dominance by rotifers group compared to cladocerans and copepods. There is no significant different (p>0.05) between zooplankton composition by sampling locations but show significant different (p<0.05) with dry and wet season. The highest number of zooplankton species recorded at Station 1 with 20 species followed by Station 2 (18 species), Station 4 (17 species) and the lowest at Station 3 (15 species).

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1 Natural history (General - Including nature conservation, geographical distribution)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 15 Feb 2017 15:45
    Last Modified: 10 Apr 2017 10:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32086

    Actions (login required)

    View Item
    Share