Penghijaran Dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora Dalam Cerpen-Cerpen Isma Ae Mohamad 1

Shahul Hamid, Mohamed Nazreen and Md Isa, Muhammad Izaat and Yaapar, Md. Salleh (2015) Penghijaran Dan Pencarian Identiti Melayu Patani Diaspora Dalam Cerpen-Cerpen Isma Ae Mohamad 1. In: Second International Conference On Media, Communication And Culture (ICMCC 2015), 30 Nov. - 2 Dec. 2015, Vistana Hotel, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (122Kb) | Preview

    Abstract

    Kini terdapat beberapa orang pengarang Melayu Patani yang berhijrah ke Malaysia dan membentuk identiti mereka berasaskan keadaan diaspora. Kebanyakan karya mereka tertumpu pada genre sajak dan cerpen. Antara pengarang yang menonjol ialah Isma Ae Mohamad yang banyak menghasilkan cerpen. Makalah ini bertujuan menganalisis cerpen-cerpen terpilih Isma Ae Mohamad dengan tumpuan kepada krisis budaya dan pencarian identiti watak-wataknya. Cerpen-cerpen yang dimaksudkan adalah “Cerita Dari Sempadan”, “Ke Negeri Impian”, “Perjalanan Ke Sebelah Sana”, “Gadis Tomyam” dan “Rindu Cerita Nenek”. Karya pengarang diaspora ini dikaji berpandukan kerangka konseptual kajian diaspora yang dicadangkan oleh Regina Lee. Kajian ini mendapati sememangnya karya Isma Ae Mohamad memenuhi tiga pola diaspora yang dicadangkan iaitu, sanjungan terhadap tanah air (namely the idealization of the homeland), manifestasi butik multi-budaya (boutique multicultural manifestation), dan politik identiti transisi (transitional transformational identity politics). Malah, karya beliau juga jelas menonjolkan krisis budaya dan pencarian identiti. Pelbagai pengalaman masyarakat diaspora diungkapkan terutama tentang masalah pendidikan dan kerakyatan. Secara keseluruhan, cerpen-cerpen ini memperlihatkan pandangan orang diaspora dari Patani tentang masa lalu dan masa kini kehidupan mereka. Penemuan kajian ini adalah penting kerana hasilnya boleh menyumbang ke arah memahami nasib diaspora Patani dan krisis identiti yang mereka hadapi

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Additional Information: Name Of Student : Haja Mydin B. Abdul Kuthoos
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
    Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > International Conference on Media, Communication, & Culture (ICMCC)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 14 Feb 2017 16:28
    Last Modified: 14 Feb 2017 16:28
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32048

    Actions (login required)

    View Item
    Share