Ciri-Ciri Psikometrik ‟Malaysian University Selection Inventory” (Munsyi) Menggunakan Model Pengukuran Rasch

Hassan, Ruhaibah (2015) Ciri-Ciri Psikometrik ‟Malaysian University Selection Inventory” (Munsyi) Menggunakan Model Pengukuran Rasch. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (570kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri psikometrik ujian kemasukan ke universiti berkepentingan tinggi yang dikenali sebagai “Malaysian University Selection Inventory” (MUnSyI) dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. MUnSyI merupakan satu kaedah penyaringan terbaharu yang mengaplikasikan konsep psikologi dan psikometrik berdasarkan Teori Ujian Klasik, diperkenalkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dengan matlamat untuk menyaring calon yang layak dan sesuai untuk program pengajian peringkat ijazah. MUnSyI menggunakan 310 item dikotomus bagi mengukur empat kualiti intrinsik calon pelajar iaitu Minat Kerjaya, Personaliti, Kecerdasan Emosi, dan Integriti. Kajian kuantitatif yang menggunakan data sekunder yang dikumpulkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan USM, dianalisis menggunakan Winsteps versi 3.71.0.1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item yang mengukur 30 trait calon pelajar USM memperlihatkan hierarki dan sasaran kebolehan yang tersebar luas serta kewujudan lompang item terutamanya pada responden kebolehan tertinggi dan terendah yang ekstrem. The purpose of this study is to validate the psychometrics characteristics of the Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) as a high-stakes university admission test using the Rasch Measurement Model. The MUnSyI is a new selection process which utilized on well-established psychological and psychometric principles based on Classical Test Theory, was introduced into Universiti Sains Malaysia (USM), in its goal of selecting better qualified and more suitable candidates for entering undergraduate programs. The MUnSyI is a 310-item designed to capture 4 intrinsic qualities i.e., Personality, Career Interest, Integrity and Emotional Quotient. Data were secondary data sources collected by Majlis Peperiksaan Malaysia and USM and analyzed using Winsteps version 3.71.0.1. Research finding revealed that items from the 30 subscales represented a broad range of abilities, with major exception being a lack of items at the lower and upper extremes of the subscales.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 13 Feb 2017 06:45
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32037

Actions (login required)

View Item View Item
Share