Othman, Khatijah
(2016)
Islamic Compliance Quality Management System (Icqms): An Analysis From Islamic Epistemology, Tasawwur And Ontology Perspectives.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meneroka landasan baru dan
perspektif aplikasi PSPKI yang meyakinkan berdasarkan epistemologi, tasawwur, dan
ontologi Islam. Oleh itu, ianya memperkenalkan titik tolak yang bermakna dalam
memupuk falsafah pemikiran dan perbincangan mengenai struktur PSPKI, rangka
kerja, model dan pelaksanaannya. Objektif ini tercapai setelah menilai tiga elemen
epistemologi, tasawwur dan ontologi sebagai satu keperluan utama untuk membina
asas yang kukuh dalam pemahaman falsafah pelaksanaan PSPKI yang benar-benar
berasaskan Syari‘ah. Ianya mengambil garis panduan Syari‘ah dan Maqasid al-
Syari‘ah sebagai teras dalam membina pembangunan yang beracuan Islam, serta
sumber-sumber asasnya; al-Qur’an, Sunnah, Ijma‘ and Qiyas sebagai sumber
utamanya. Satu penilaian mendalam berkenaan asas-asas teoritikal kepada sistem
pematuhan kualiti (SPK) daripada aspek pematuhan Syari‘ah dan aplikasi
konvensional telah juga dijalankan untuk menilai dan membezakan bentuk aplikasi
kedua-duanya. Kekaburan yang terdapat dalam pemakaian PSPKI MS 1900 telahpun
dipaparkan bagi tujuan penambahbaikan.
This study attempts to explore new ground and reliable perspectives of ICQMS
application on the basis of Islamic epistemology, tasawwur and ontology
understanding. Thus, it offer meaningful standpoints and solicits philosophical
thoughts and discussions on the ICQMS structure, framework, model and
implementation. The objective is achieved after the examination of three basic
elements of epistemology, tasawwur and ontology, as a necessary step for building a
solid foundation in philosophical understanding of truly ICQMS Shari‘ah-based
application. Taking the Shari‘ah guideline and Maqasid al-Shari‘ah as its core
construct within the Islamic-based development mold, the supreme Islamic resources
of al-Qur’an, Sunnah, Ijma‘ and Qiyas are considered as the premier sources
throughout this study. In-depth examinations of QMS theoretical foundation on both
Islamic compliance and conventional application have been reviewed to evaluate and
comprehend the differences between both applications. The loophole of ICQMS MS
1900 is highlighted for the betterment and future improvement.
Actions (login required)
|
View Item |