Abd Razak, Dzulkifli
(2011)
Rencana: Jangan biar ayam di kepuk mati kelaparan.
Utusan Malaysia.
Abstract
DALAM dunia hari ini yang lebih mewah dan kaya raya, kita sedang mengalami berbagai krisis. Baik dari segi ekologi, geopolitik, sosio budaya mahupun ekonomi. Percaturan yang ada menunjukkan anggaran 60 peratus penduduk dunia hidup melarat pada kadar kurang AS$3 dolar sehari. Ia merangkumi kira-kira empat bilion umat manusia di seluruh pelosok dunia.
Kebanyakannya sudah tentu berada di dunia membangun dan kurang membangun. Istilah ini dikenakan kepada mereka mengikut perkiraan ekonomi yang meletakkan hampir semua negara Barat sebagai negara maju sekali gus merupakan contoh pembangunan yang 'paling baik' untuk diteladani.
Actions (login required)
|
View Item |