Representasi Peranan Gender Dalam Iklan: Sebuah Tinjauan Ke Atas Sorotan Literatur

Abdul Kuthoos, Haja Mydin and Endut, Noraida and Azmawati, Azman Azwan (2015) Representasi Peranan Gender Dalam Iklan: Sebuah Tinjauan Ke Atas Sorotan Literatur. In: Second International Conference On Media, Communication And Culture (ICMCC 2015), 30 Nov. - 2 Dec. 2015, Vistana Hotel, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (64Kb) | Preview

    Abstract

    ndustri periklanan merupakan sebuah industri yang membangun secara pesat di seluruh dunia melalui bidang pemasaran. Iklan disampaikan kepada khalayaknya menggunakan pelbagai medium seperti televisyen, radio, laman sesawang, papan iklan, akhbar, majalah dan lain-lain lagi. Iklan tersebut bertujuan memujuk khalayak sasaran untuk bertindak ke atas tujuan iklan tersebut. Setiap iklan tersebut memaparkan imej wanita dan lelaki sebagai model yang memainkan peranan yang dikhususkan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Peranan yang dimainkan oleh model dalam iklan tersebut akan mempengaruhi persepsi ke atas peranan gender dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, adalah penting untuk melihat bagaimanakah peranan gender direpresentasikan dalam sesebuah iklan. Maka penulisan ini akan menggunakan analisis sistematik bagi melakukan tinjauan ke atas kajian-kajian lepas dan terbaru terhadap iklan untuk melihat konteks perhubungan sosial yang mempunyai elemen gender.

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Additional Information: Name Of Student : Haja Mydin B. Abdul Kuthoos
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
    Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > International Conference on Media, Communication, & Culture (ICMCC)
    Depositing User: Mr Firdaus Mohamad
    Date Deposited: 10 Feb 2017 16:48
    Last Modified: 10 Feb 2017 16:48
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/32015

    Actions (login required)

    View Item
    Share