Mohd Sulaiman, Azlinah
(2016)
Production Of Natural Pigment With Antimicrobial Activity From A Marine Bacterium, Pseudoalteromonas Rubra BF1A IBRl.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pigmen semula jadi adalah alternatif kepada pewarna sintetik yang sering digunakan dalam industri tekstil, kosmetik, makanan, farmaseutikal dan juga industri akuakultur. Bakteria marin adalah salah satu sumber biologi yang produktif dalam menghasilkan pigmen semula jadi. Selain berfungsi untuk mewarna, pigmen semula jadi juga telah dilaporkan mempunyai fungsi antimikrob. Kajian untuk penemuan sebatian antimikrob masih berterusan dan dengan itu, kajian mengenai sebatian antimikrob berwarna turut dapat membantu mengembangkan lagi penyelidikan antimikrob tersebut di mana sebatian antimikrob yang berwarna dapat memberikan lebih manfaat kepada pelbagai industri. Hal ini dapat berlaku kerana sebatian tersebut bukan sahaja berfungsi untuk mewarna malah turut dapat menjadi bahan pengawet pada masa yang sama bagi sesuatu produk. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menghasilkan pigmen semula jadi daripada bakteria marin yang dikulturkan di dalam sistem kelalang dan juga mengkaji aktiviti antibakteria yang dipamerkan oleh pigmen tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak 30 bakteria berpigmen telah dipencilkan daripada sampel marin, termasuk 8 daripada makroalga, 8 daripada batu karang, 6 daripada sumber haiwan laut, 6 daripada pasir laut, 1 daripada air laut dan 1 daripada sangkar ikan.
Natural pigments are important substitutes to the synthetic dyes in many industrial applications including textile, cosmetics, food, pharmaceutical and also aquaculture industry. Marine bacteria is one of the prolific biological sources for the natural pigments. Besides colouring benefits, many natural pigments posses antimicrobial properties. The search of antimicrobial agents is a continuing dialogue to fight different types of diseases. Thus, the finding of colorant antimicrobial agent can expand the current portrait of the research and can give benefits to many industries since the colorants may give both tinctorial and preservative value simultaneously to the industrial products. The aim of the study is to produce natural pigment by cultivating the marine bacteria in shake flask system, and evaluate the antimicrobial activity of the natural pigment. In this study, a total of 30 cultivable pigmented bacteria were isolated from marine samples, including 8 from macroalgae, 8 from corals, 6 from animal resources, 6 from sand sediment, 1 from seawater and 1 from fish net.
Actions (login required)
|
View Item |