Behnoosh , Shamsollahi
(2016)
Cultural Landscape And Urban Identity: A Case Study Of Yazd City, Iran.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Mercu tanda tempatan kini semakin berkurangan disebabkan penularan budaya barat
dalam landskap budaya bandar terutamanya dalam masyarakat bandar yang sedang
membangun. Proses ini mendorong kepada pembentukan landskap bandar yang
homogen dan yang tidak boleh dibezakan. Jika situasi ini berkekalan, ia boleh
mendorong kepada pembentukan bandar yang agak ganjil/asing dan tidak bermakna
pada masa depan, yang tidak mampu menjelaskan kepada penghuni mereka tentang
sejarah asal dan identiti budaya. Justeru, kajian ini menegaskan tentang pentingnya
pemuliharaan dan pengekalan mercu tanda tempatan dalam landskap budaya
sesebuah bandar, terutamanya bandar bersejarah, sebagai modal budaya daripada
setiap bangsa, dan faktor dan sifat yang menjadikan bandar-bandar tersebut berbeza
di antara satu sama lain. Kajian ini diolah berdasarkan strategi kajian kes sebagai
suatu strategi kualitatif dalam sains sosial. Data yang terkumpul adalah berdasarkan
temu bual, pemerhatian dan kajian dokumen. Dalam kajian ini, seramai 35 orang
responden (18 lelaki dan 17 perempuan) terlibat dalam temubual. Responden dipilih
berdasarkan pensampelan bertujuan dan mengikut kepada soalan penyelidikan.
Today, local landmarks are declining as a result of the diffusion of Western Culture
in the cultural landscape of cities especially in developing urban societies. Hence,
this process leads to the shaping of homogenous and non-distinguishable urban
landscapes. Accordingly, if this situation persists, this would lead to the shaping of
alien and meaningless cities in the future which will not be able to respond to their
residents with regard to their original historical and cultural identity. Hence, this
study emphasizes the importance of preserving and reviving local landmarks in the
cultural landscape of cities, particularly historical cities, as cultural capital of each
nation, and the factors and features that make cities distinguishable from each other.
This study is designed based on case study strategy as a qualitative strategy in social
sciences. The data collected is based on, interview, observation and documentary
studies. In this study, 35 respondents (18 men and 17 women) participated in the
interviews. The respondents were chosen based on purposive sampling and in
coordination with the research questions.
Actions (login required)
|
View Item |