Kajian Perbandingan Tingkah Laku Altruisme Dalam Kalangan Empat Suku Utama Di Komuniti Kabupaten Aceh Tenggara

Imami, Muliadi (2015) Kajian Perbandingan Tingkah Laku Altruisme Dalam Kalangan Empat Suku Utama Di Komuniti Kabupaten Aceh Tenggara. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (255kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membandingkan tingkah laku altruisme dalam kalangan empat suku utama di Aceh Tenggara, Indonesia. Turut dibandingkan ialah norma sosial, tahap keagamaan dan interaksi positif antara kaum. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungan di antara tingkah laku altruisme dengan norma sosial, keagamaan dan interaksi positif antara kaum. Kajian menggunakan Mixed Method (kaedah campuran) iaitu menggabungkan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Dalam pendekatan kuantitatif, empat alat ukur digunakan iaitu Self-report Altruisme, Skala Norma Sosial yang diadaptasikan dari Individualist-Colectivist Scale (IC Scale), Skala Sikap Keagamaan yang diadaptasi dari Dimension of Religiosity Scale (DR-Scale), dan Skala Interaksi Sosial. Soal selidik diedarkan kepada empat ratus responden daripada suku Alas, Gayo, Batak dan Karo di Aceh Tenggara, Indonesia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 06 Feb 2017 08:40
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31941

Actions (login required)

View Item View Item
Share