Lai , Kong Seng
(2015)
Organisational Culture To Support Innovation Creation And Adoption In Malaysian Architectural Firms.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Industri pembinaan dan inovasi memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan pertumbuhan negara. Namun, kebanyakan inovasi gagal dilaksanakan. Tambahan pula, inovasi dalam industri pembinaan di Malaysia telah didapati sebagai tidak mencukupi. Kajian berkenaan dengan hal ini mencadangkan bahawa inovasi wujud dalam dua orientasi, iaitu penciptaan dan penggunaan. Walau bagaimanapun, kedua-dua orientasi ini belum dibezakan dalam kebanyakan kajian inovasi. Oleh itu, trend terkini menunjukkan bahawa wujudnya keperluan untuk membezakan kedua-dua orientasi berkenaan dalam kajian organisasi dan inovasi. Syarikat-syarikat seni bina terdiri daripada organisasi yang berorientasikan inovasi dan berintensifkan ilmu pengetahuan, namun ia tidak banyak diberikan perhatian dalam kajian berbanding syarikat-syarikat besar seperti pemaju perumahan. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk menguji tahap orientasi inovasi (penciptaan dan penggunaan) di syarikat-syarikat seni bina. Berkenaan ‘senario mundur’ dalam industri pembinaan, budaya organisasi dikenal pasti sebagai kunci bagi memperbaik inovasi.
The construction industry and innovation play significant roles in strengthening the growth of nations. However, innovation tends to fail at times. In fact, innovation in Malaysia’s construction industry has been determined to be inadequate. The related literature suggests that innovation comes in two orientations, namely, creation and adoption. However, these orientations have not been differentiated from each other by most innovation studies. Therefore, the recent trend indicates the extensive need to distinguish such orientations in organisational and innovation studies. Architectural firms consist of innovation-oriented and knowledge-intensified organisations, yet they receive less scholarly attention compared with large companies such as housing developers. Therefore, the first objective of the current research is to examine the state of innovation orientations (creation and adoption) in architectural firms. In relation to the ‘backward scenario’ in the construction industry, organisational culture is recognised as the key for improving innovation.
Actions (login required)
|
View Item |