Callus And Cell Culture Of Gynura Procumbens (Lour.) Merr. (Compositae) Using Stationary Culture System

Khaw , Mei Lin (2015) Callus And Cell Culture Of Gynura Procumbens (Lour.) Merr. (Compositae) Using Stationary Culture System. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (613kB) | Preview

Abstract

Potensi kegunaan kain sebagai unit imobilisasi untuk kultur kalus dan sel Gynura procumbens telah dinilai. Empat jenis kain yang berlainan (linen, kain kasa dan kain kapas 1 dan kain kapas 2) dipilih untuk kajian ini dan saiz liang kain yang diuji juga diteliti. Linen didapati sebagai agen sokongan yang terbaik untuk kultur kalus G. procumbens apabila dikultur atas kepingan kain persegi yang dipotong menjadi 5 cm x 5 cm. Hasil biojisim segar adalah 3.022 ± 0.108 g. Kalus yang dihasilkan daripada pengkulturan atas kain adalah berwarna kekuningan dan berciri rapuh dan berbutiran. Saiz liang linen pada umumnya meliputi lingkungan yang lebih luas dari 0.012 mm2 - 0.071 mm2 berbanding dengan tiga jenis kain yang lain apabila diperhatikan di bawah mikroskop stereo. Apabila kalus G. procumbens dikulturkan dengan menggunakan kain linen dengan rekabentuk berbeza (beg atau kepingan) dan isipadu medium yang berbeza (10 mL, 15 mL, 20 mL, 25 mL dan 30 mL) dalam mod statik, hasil biojisim kalus tertinggi (2.733 ± 0.153 g) diperolehi daripada kalus yang dikulturkan atas kepingan linen dengan 10 mL medium cecair. The potential use of fabric as immobilization units for the callus and cell culture of Gynura procumbens was evaluated. Four different types of fabrics (linen, muslin and cotton 1 and cotton 2) were chosen for the study and their pore size was also examined. Linen was found to be the best support agent for the callus culture of G. procumbens when cultured on square pieces of fabric cut into 5 cm x 5 cm. The fresh biomass yield was 3.022 ± 0.108 g. The callus produced from culturing on fabric was yellowish, friable and granular in nature. The pore size of linen generally covers a wider range from 0.012 mm2 – 0.071 mm2 compared to other three types of fabrics when examined under stereomicroscope. When the callus of G. procumbens was cultured using linen of different design (bag or piece) and different medium volume (10 mL, 15 mL, 20 mL, 25 mL and 30 mL) under stationary mode, the highest callus biomass yield (2.733 ± 0.153 g) was obtained from callus cultured using linen pieces in 10 mL liquid medium.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kajihayat (School of Biological Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 01 Feb 2017 02:43
Last Modified: 12 Apr 2019 05:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31872

Actions (login required)

View Item View Item
Share