Serodiagnosis Of Strongyloidiasis: Identification Of Cdna Clones, Production Of Recombinant Antigens And Immunoassay Development

Arifin, Norsyahida (2016) Serodiagnosis Of Strongyloidiasis: Identification Of Cdna Clones, Production Of Recombinant Antigens And Immunoassay Development. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Strongyloidiasis merupakan penyakit parasit manusia yang disebabkan oleh cacing Strongyloides stercoralis. Jangkitan daripada cacing ini akan menyebabkan jangkitan jangka panjang dalam manusia, atau boleh disebarkan ke organ-organ lain, terutama bagi individu dengan sistem imun terkompromi, yang biasanya mengakibatkan kematian. Majoriti pesakit adalah tidak bersimptom, atau mengalami masalah gastrousus tak-spesifik, namun masih tiada kaedah ‘gold standard’ untuk mengesan jangkitan tersebut. Diagnosis definitif biasanya dilakukan melalui kombinasi tanda dan simptom klinikal, pengesanan mikroskopik, dan ujian serologi. Sehingga kini, ujian komersil yang sedia ada adalah berasaskan ekstrak asli antigen parasit, tetapi ujian tersebut mempunyai banyak kelemahan; contohnya masalah reaktiviti silang dengan jangkitan cacing yang lain. Ujian berasaskan antigen rekombinan merupakan alternatif yang sesuai bagi meningkatkan spesifisiti diagnostik dan keseragaman kualiti ujian, oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mencapai matlamat ini. Peringkat awal kajian ini melibatkan pengujian sampel serum dengan in-house IgG-, IgG4- dan IgE-ELISA disamping kit komersial IgG-ELISA. Strongyloidiasis is a human parasitic disease caused by the nematode Strongyloides stercoralis. Infection by this parasite can cause long-term infection in humans or can disseminate to other organs, especially in individuals with immunosuppression, which commonly results in fatal outcomes. The majority of patients are asymptomatic or present with non-specific gastrointestinal complaints, and there is no gold standard method to rule out the infection. Definitive diagnosis is usually made by a combination of clinical signs and symptoms, microscopic identification, and serology test. To date, the available commercial tests are based on native parasite antigen extract, but such tests have problems of cross-reactivity with other helminthic infections. A recombinant antigen-based test is a good alternative for improved diagnostic specificity and standardized test quality, thus, the present study was conducted to achieve this goal. The initial stage of the study involved testing serum samples with the in-house IgG-, IgG4- and IgE-ELISAs in addition to a commercial IgG-ELISA kit.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R735-854 Medical education. Medical schools. Research
    Divisions: Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (Institute for Research in Molecular Medicine INFORMM) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 26 Jan 2017 09:46
    Last Modified: 05 Apr 2017 14:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31824

    Actions (login required)

    View Item
    Share