Arifin, Norsyahida
(2016)
Serodiagnosis Of Strongyloidiasis: Identification Of Cdna Clones, Production Of Recombinant Antigens And Immunoassay Development.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Strongyloidiasis merupakan penyakit parasit manusia yang disebabkan oleh
cacing Strongyloides stercoralis. Jangkitan daripada cacing ini akan menyebabkan
jangkitan jangka panjang dalam manusia, atau boleh disebarkan ke organ-organ lain,
terutama bagi individu dengan sistem imun terkompromi, yang biasanya
mengakibatkan kematian. Majoriti pesakit adalah tidak bersimptom, atau mengalami
masalah gastrousus tak-spesifik, namun masih tiada kaedah ‘gold standard’ untuk
mengesan jangkitan tersebut. Diagnosis definitif biasanya dilakukan melalui
kombinasi tanda dan simptom klinikal, pengesanan mikroskopik, dan ujian serologi.
Sehingga kini, ujian komersil yang sedia ada adalah berasaskan ekstrak asli antigen
parasit, tetapi ujian tersebut mempunyai banyak kelemahan; contohnya masalah
reaktiviti silang dengan jangkitan cacing yang lain. Ujian berasaskan antigen
rekombinan merupakan alternatif yang sesuai bagi meningkatkan spesifisiti
diagnostik dan keseragaman kualiti ujian, oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mencapai matlamat ini. Peringkat awal kajian ini melibatkan pengujian sampel serum
dengan in-house IgG-, IgG4- dan IgE-ELISA disamping kit komersial IgG-ELISA.
Strongyloidiasis is a human parasitic disease caused by the nematode
Strongyloides stercoralis. Infection by this parasite can cause long-term infection in
humans or can disseminate to other organs, especially in individuals with
immunosuppression, which commonly results in fatal outcomes. The majority of
patients are asymptomatic or present with non-specific gastrointestinal complaints,
and there is no gold standard method to rule out the infection. Definitive diagnosis is
usually made by a combination of clinical signs and symptoms, microscopic
identification, and serology test. To date, the available commercial tests are based on
native parasite antigen extract, but such tests have problems of cross-reactivity with
other helminthic infections. A recombinant antigen-based test is a good alternative
for improved diagnostic specificity and standardized test quality, thus, the present
study was conducted to achieve this goal. The initial stage of the study involved
testing serum samples with the in-house IgG-, IgG4- and IgE-ELISAs in addition to
a commercial IgG-ELISA kit.
Actions (login required)
|
View Item |