Salem Ab. Elawama, Ahmed
(2016)
The Influence Of Natural And Human Factors On The Sustainability Of Agriculture In Azzawia Libya.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kawasan AzZawia di Dataran Jefara merupakan satu kawasan yang mengalami
kepesatan pembangunan perindustrian dan perumahan. Dataran ini memainkan peranan
penting dalam ekonomi Libya disebabkan mengandungi hampir separuh penduduk
negara dan yang paling banyak menghasilkan keluaran pertanian negara. Peningkatan
pertumbuhan penduduk dan pembangunan fizikal yang pesat amat memerlukan tumpuan
khas untuk melestarikan aktiviti pertanian di kawasan kajian. Dengan ini sudah sampai
masanya untuk menjalankan penyelidikan ini bagi mengkaji secara terperinci tentang
situasi terkini, faktor-faktor yang terlibat dan memberi cadangan tentang polisi
penggunaan tanah untuk kelestarian produktiviti pertanian. Matlamat utama
penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tentang pengaruh faktor-faktor semulajadi dan
manusia dalam kelestarian sektor pertanian di kawasan AzZawia, Libya.
AzZawia area in Jefara plain is under considerable land use pressures from the
increased of industrial and residential developments. The plain plays a major role in
Libyan economy as it contains almost half of the country’s population and produces
most of the national agricultural output. Due to rapid growth of the population and the
physical development in the study area, it requires special attention in order to sustain
agricultural activities. It’s the right time to do this research in examining details about
the current situation, factors involved in influencing the sustainability of agriculture and
making recommendations of having land use policies to sustain agricultural productivity.
Actions (login required)
|
View Item |