Gwee , Sai Ling
(2015)
An Examination Of The Economic Value And Recreation Demand Of The Belum-Temengor Rainforest Complex.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Belum-Temengor Rainforest Complex (BTRC) merupakan salah satu hutan simpan yang terbesar di dunia yang kaya dengan biodiversiti dan mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dibangunkan sebagai salah satu tapak eko pelancongan di Malaysia. Walau bagaimanapun, BTRC kini menghadapi cabaran yang serius akibat daripada aktiviti pembalakan dan pemburuan secara haram. Sehingga kini, tiada kajian dilakukan untuk menganggar nilai ekonomi BTRC dari segi eko pelancongan. Kajian ini adalah bersesuaian agar memberi panduan kepada pembuat dasar untuk membangunkan dasar-dasar untuk pemeliharaan hutan simpan ini. Kajian ini menunjukkan faedah ekonomi yang dapat diperoleh daripada penjagaan hutan BTRC berbanding dengan pulangan daripada aktiviti pemburuan haram dan pembalakan. Data dikumpul dengang menggunakan soal-selidik daripada 367 pengunjung di tapak rekreasi ini. Ukuran nilai terus guna tak-terpakai dianggar berdasarkan Kaedah Kos Perjalanan Individu (TCM) yang diubahsuai. Penilaian ini dijalankan dengan menggunakan model data-kira Truncated Poisson (TPOIS) memandangkan pembolehubah bersandarnya merupakan integer bukan negatif yang merupakan bilangan malam pelancong menginap di BTRC.
The Belum-Temengor Rainforest Complex (BTRC) is one of the largest forest reserves in the world. It is rich in biodiversity and has great potential for ecotourism in Malaysia. However, the ecotourism industry at BTRC is currently facing serious challenges arising from poaching and logging activities. To date, no research has been conducted to estimate the economic values of ecotourism at BTRC. This is relevant in order to guide policymakers in developing policies towards the protection of the forest reserve. This study highlights the economic benefits that can be derived from protecting BTRC in comparison to the returns from poaching and logging activities. Data is obtained from a primary on-site survey of 367 visitors to the recreational site. The direct non-consumptive use value of ecotourism visitors is estimated based on a modified individual Travel Cost Method (TCM). These values are estimated using the Truncated Poisson (TPOIS) count data model as the dependent variable used to measure recreation demand is the non-negative integer of number of nights spent at the location.
Actions (login required)
|
View Item |