Durian Seed As A Potential Substrate For Bolus In Radiotherapy

Ahmad Lothfy, Fairuzdzah (2015) Durian Seed As A Potential Substrate For Bolus In Radiotherapy. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (814kB) | Preview

Abstract

Tiga jenis bolus telah dihasilkan dengan menggunakan tiga jenis komposisi dengan beza nisbah polivinil alkohol (PVA) terhadap gam biji durian. Nisbah PVA kepada gam biji durian untuk bolus jenis pertama ialah 1:9; 3:7 dan 5:5. Bolus yang dihasilkan diciri berdasarkan kepada sifat-sifat mekanikal seperti kekuatan ketegangan, terikan, dan kelenturan. Akhirnya, kesemua bolus yang dihasilkan mempunyai kekuatan ketegangan yang kecil. Kekuatan tegangan maksimum yang boleh dicapai untuk bolus 1:9 ialah 0.083 MPa, bolus 3:7 ialah 0.323 MPa dan bolus 5:5 ialah 0.786 MPa. Peratus terikan bagi setiap jenis bolus yang dihasilkan memenuhi keperluan minimum iaitu melebihi 50 %. Kesemua bolus yang dihasilkan mempunyai nilai Modulus Young yang rendah di mana memenuhi satu keperluan bagi bolus yang digunakan dalam radioterapi iaitu kurang daripada 100 MPa. Nilai ini penting untuk menghasilkan bolus dengan kelenturan yang baik. Bolus yang dihasilkan perlu mempunyai sifat kesetaraan tisu. Justeru, adalah satu keperluan untuk mengukur ketumpatan fizikal, ketumpatan elektron relatif dan faktor transmisi. Three types of bolus were fabricated using three types of composition with different ratios of polyvinyl alcohol (PVA) to durian seed gums. The ratio of PVA to durian seed gum were 1:9; 3:7 and 5:5. The fabricated bolus was characterized based on the mechanical properties such as tensile strength, strain, and flexibility. Eventually, all bolus composition that were prepared had low tensile strength. The maximum tensile strength for bolus 1:9 was 0.083 MPa, bolus 3:7 was 0.323 MPa and bolus 5:5 was 0.786 MPa. The strain of every type of fabricated bolus fulfilled the minimum requirement which was more than 50%. All types of bolus had less than 100 MPa value of Young‟s Modulus which fulfilled one of the requirements for bolus to be used in radiotherapy. This value was important to produce bolus with good flexibility. The fabricated bolus had tissue equivalent properties. Hence, physical density, relative electron density and transmission factor were measured.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1 Physics (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Fizik (School of Physics) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 25 Jan 2017 03:19
Last Modified: 17 May 2018 03:11
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31796

Actions (login required)

View Item View Item
Share