Al Omari, Mohammed Shukri
(2016)
The Effects Of A Self-Evaluation Multimedia Courseware On Learning Restricted Arabic Consonants Among Non-Arabic Speakers : A Case Study.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada kesan koswer multimedia penilaian kendiri dalam pembelajaran sebutan huruf-huruf konsonan Arab terhad (HKAT) di kalangan penutur bukan Bahasa Arab (PBBA). Para pengkaji sebelum ini mendapati bahawa PBBA menghadapi masalah dan gagal menyebut HKAT dengan betul apabila mereka mempelajari bahasa Arab. Masalah ini berpunca daripada beberapa sebab termasuklah kerana ketiadaan HKAT tersebut dalam bahasa Inggeris, dan keperluan menggunakan sistem artikulasi pelajar bagi menghasilkan sebutan baru yang tidak terdapat dalam bahasa ibunda mereka. Kajian ini menggunapakai pendekatan kajian kes yang melibatkan empat orang pelajar dewasa PBBA dari sebuah kolej awam di Emiriah Arab Bersatu, dan mereka dipilih secara rawak daripada kawasan geografi berbeza. Keempat-empat pelajar tersebut menggunakan pembelajaran kendiri dengan berpendekatan penilaian kendiri, di mana satu koswer multimedia untuk mengajar mereka untuk menyebut HKAT dengan betul telah dibangunkan.
The current study focuses on the effects of self-evaluation multimedia courseware in learning the pronunciation of the Restricted Arabic Consonants (RACs) by Non Arabic Speakers (NASs). Studies showed that NASs face difficulties and cannot pronounce the RACs properly when they learn Arabic language. The problem is due to different reasons including the RACs are not available in the English language, and the need to learn how to use new parts of the learner’s articulation system to produce the new sound which are not available in the learner’s mother tongue. This research uses a case study approach with four adult NAS learners from a government college in the United Arab Emirates and they were selected randomly from different regions of the world. The four learners used a self-learning with a self-evaluation approach and a specially developed multimedia courseware to teach themselves how to pronounce the RACs correctly or in acceptable manner.
Actions (login required)
|
View Item |