Lim, Luen Hui
(2015)
LC-MS/MS Analysis Of Plasma Homocysteine And Investigation On The Association Of Homocysteine Levels With Diabetic Peripheral Neuropathy.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Suatu kaedah LC/MS-MS untuk mengukur paras homosistein plasma dari sampel manusia telah dihasilkan. Kaedah ini melibatkan penyediaan sampel yang mudah dan telah menunjukkan kepersisan, kespesifikan, kesensitifan dan kejituan yang baik. Dengan itu, kaedah ini boleh digunakan untuk memeriksa aras homosistein sampel klinikal dalam bilangan yang besar. Di samping itu, kaedah ini juga dibandingkan dengan kaedah imunoasai yang digunakan oleh makmal patologi komersial untuk pengukuran paras homosistein. Kedua-dua kaedah ini menunjukkan kejituan yang baik dan min perbezaan yang rendah antara satu sama lain. Dua puluh enam peratus daripada 260 pesakit kencing manis dengan neuropati peripheral yang direkrut mempunyai paras homosistein yang tinggi. Terdapat lebih ramai lelaki daripada perempuan di dalam kumpulan hiperhomosistein (homosistein ≥15μM). Paras homosistein adalah berkaitan secara langsung dengan paras kreatinina pesakit kajian ini, manakala paras vitamin B12 dan asid folik adalah berhubungan songsang dengan paras homosistein pesakit.
A simple LC-MS/MS method was developed to measure homocysteine level in human plasma collected from diabetic patients. This method which involves simple sample preparation showed good precision, specificity, sensitivity and accuracy. Thus, it can be used to screen a vast number of clinical samples. This method‘s results were compared with commercial laboratory results derived from the immunoassay method. Both methods showed good accuracy with low mean difference. Of the 260 patients recruited with peripheral neuropathy, 26% showed hyperhomocysteinemia (homocysteine ≥15μM). The male gender was more prominent in the hyperhomocysteine group. Homocysteine level was directly associated with creatinine, while homocysteine level was inversely correlated with the vitamin status (B12 and folic acid).
Actions (login required)
|
View Item |