Paochoo, Rapeepan
(2016)
Internationalization Performance Of Thai Textile And Garment Smes: The Role Of Organizational Capabilities.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah merupakan teras pemacu kepada ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, sebahagian perniagaan kecil tidak mampu mengekalkan pencapaian unggul di dalam pasaran asing. Keupayaan organisasi telah dianggap sebagai faktor yang kritikal untuk mencapai prestasi yang diingini berdasarkan teori berasaskan sumber. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh empat keupayaan organisasi (keupayaan pemasaran, rangkaian, inovasi dan pengurusan) ke atas prestasi pengantarabangsaan dalam industri tekstil dan pakaian bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Thailand. Di samping itu, orientasi keusahawanan antarabangsa (IEO) dan falsafah sara ekonomi (SEP) juga dikaji. Fleksibiliti strategik telah digunakan sebagai pemboleh ubah penyederhana ke atas hubungan antara empat keupayaan organisasi dan prestasi pengantarabangsaan. Data dikumpul daripada 113 pemilik/pengurus syarikat pengeksport PKS dalam industri tekstil dan pakaian. Teknik PLS-SEM telah digunakan untuk menganalisis data.
Small and Medium Enterprises (SMEs) is a core driver of a nation economy. However, some small businesses could not maintain superior performance in foreign marketplaces. Organizational capabilities are considered as a critical factor to achieve desired performance as propagated by resource-based theory. The study aims to investigate the effects of four organizational capabilities (i.e., marketing, networking, innovation, and management capabilities) on internationalization performance of textile and garment SMEs in Thailand. Moreover, the antecedents of organizational capabilities are examined namely international entrepreneurial orientation (IEO) and sufficiency economy philosophy (SEP). Strategic flexibility is treated as a moderating variable on the linkages between four organizational capabilities and internationalization performance. Data were collected from 113 owners/managers of exporting SMEs in textile and garment industry.
Actions (login required)
|
View Item |