Nuri Abdalla, Saleh Ali
(2016)
Arabic-Speaking University Students' Willingness To Communicate In English In The Study Abroad Context.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan menjelaskan kesediaan pelajar penutur bahasa Arab yang sedang menuntut di luar negara untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Diharapkan kajian ini akan dapat menambah nilai kepada bukti-bukti yang agak terbatas dalam penyelidikan empirik tentang kesediaan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, iaitu dalam konteks belajar di luar negara di Malaysia. Selanjutnya, kajian ini juga bertujuan mengkaji pengaruh sikap individu terhadap komuniti pembelajaran antara budaya, keyakinan diri (self-confidence, SC) dan motivasi terhadap kesediaan untuk berkomunikasi (willingness to communicate, WTC). Situasi kognitif, model sosio-pendidikan dan model kesediaan untuk berkomunikasi telah digunakan untuk menyokong rangka kerja teoritikal dalam kajian ini. Seramai 180 orang pelajar penutur bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah terlibat dalam kajian ini, dan 12 orang daripada mereka telah ditemu bual. Data telah dikumpul sepanjang tahun akademik
2010/2011 berdasarkan teknik pensampelan tak kebarangkalian. Analisis data telah dijalankan dengan menggunakan pelbagai kaedah termasuk regresi berganda; pemodelan persamaan struktur menggunakan SPSS; dan pakej perisian AMOS telah digunakan untuk data kuantitatif, sementara perisian NVIVO 8 telah digunakan untuk data kualitatif.
This study aims to explain Arabic-speaking students’ willingness to communicate in English while studying outside their country. It is hoped that this study will add value to the limited empirical research evidence regarding a person’s willingness to communicate in English as a second language, in the context of studying abroad in Malaysia. Furthermore, this study also aims to investigate the influence of an individual’s attitude towards intercultural learning community, communication self-confidence (SC) and motivation on their willingness to communicate (WTC). Situation cognition, socio-educational model, and willingness to communicate model were applied to underpin the theoretical framework of this research A total of 180 Arabic-speaking learners at the International Islamic University Malaysia (IIUM) were surveyed and 12 of them were interviewed. Data was collected during the 2010/2011 academic year using the ‘non-probability sampling’ technique. Data analyses were performed using various methods, including multiple regression; structural equation modelling using the SPSS; and the AMOS software package was used for quantitative data while the NVIVO 8 software was used for qualitative data.
Actions (login required)
|
View Item |