Ponniah, Vignes
(2016)
Determining Critical Success Factors For Sustainable Construction.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pembinaan lestari merujuk kepada aktiviti pembinaan bangunan yang berdaya saing dan menguntungkan dengan mengutarakan aspek-aspek seperti kualiti kehidupan manusia, ruang untuk perubahan, aktiviti pembinaan berasaskan mesra alam dan keberkesanan penggunaan sumber. Faktor-faktor kejayaan kritikal pembinaan lestari merujuk kepada faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan pembinaan lestari. Faktor-faktor tersebut sepertimana yang diutarakan oleh para penyelidik sebelum ini adalah terdiri daripada enam faktor iaitu faktor berkenaan projek, pengurus projek, pasukan projek, peralatan dan bahan binaan, pelanggan projek dan faktor luaran. Pembangunan pembinaan berasaskan lestari masih kurang memuaskan walaupun wujud peluang dan kemudahan untuk mendapat sumber tenaga yang diperbaharui di Malaysia. Justeru itu, pembangunan kerangka yang berciri senarai faktor-faktor kejayaan kritikal pembinaan lestari perlu dilaksanakan untuk memotivasikan pemaju dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan lestari di negara ini.
Sustainable construction refers to construction activities which is competitive and profitable while focusing on several important aspects such as the quality of human life, space for changes, environmental concerned construction activities and utilised available resources. Critical success factors of sustainable construction refers to factors which contributed to success of sustainable construction. According to research studies carried out by previous researchers, the six factors are factors related to project, project manager, project team, material and equipment, client and external factors. The sustainable construction development is still poor although opportunities and facilities to obtain renewable energy resources are exist in Malaysia. Therefore, development of framework which focused on the criteria of success factors in sustainable construction is essential to motivate developers and other construction parties to involve in sustainable construction in the country.
Actions (login required)
|
View Item |