Personaliti Pengguna Muslim Dan Pengaruhnya Terhadap Pemilihan Institusi Perbankan Islam Di Kabupaten Kampar, Provinsi Riau, Indonesia

Dwi Sari, Mutiara (2016) Personaliti Pengguna Muslim Dan Pengaruhnya Terhadap Pemilihan Institusi Perbankan Islam Di Kabupaten Kampar, Provinsi Riau, Indonesia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (989Kb) | Preview

    Abstract

    Salah satu aspek penting yang mempengaruhi gelagat pengguna ialah personaliti. Untuk menganalisis pengaruh personaliti terhadap gelagat pengguna melibatkan sebuah alat pengukuran personaliti. Alat pengukuran personaliti yang sedia ada tertumpu pada pendekatan Barat yang berasaskan pada norma, budaya, agama dan keyakinan masyarakat Barat. Hal inilah yang menjadi masalah ketika alat pengukuran ini digunakan ke atas kajian masyarakat Muslim. Kajian ini mempunyai tiga tujuan. Pertama, membina sebuah alat pengukuran personaliti pengguna berdasarkan konsep Islam. Kedua, menganalisis tahap personaliti pengguna Muslim dan ketiga menilai pengaruh personaliti pengguna Muslim terhadap gelagat pemilihan Institusi Perbankan Islam (IPI). Pengaplikasian terhadap aspek gelagat pemilihan IPI disebabkan masih rendahnya syer pasaran IPI di Indonesia umumnya dan Kabupaten Kampar, Riau khasnya. Rendahnya syer pasaran ini tidak seiring dengan besarnya peratus penduduk Muslim di Indonesia. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang terbahagi kepada dua fasa. Fasa pertama yang berbentuk kualitatif bagi mencapai objektif petama, data diperolehi melalui kajian perpustakaan dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Akhir fasa ini turut melibatkan temu bual separa berstruktrur dengan sekumpulan pakar bagi memastikan ketepatan kerangka konseptual personaliti pengguna Islam. Fasa kedua berbentuk kuantitatif bagi mencapai objektif kedua dan ketiga. One of the essential aspects that influence consumer behavior is the personality. To analyze the influence of personality on consumer behavior involves the use of a personality assessment tool. Personality assessment tools available are mostly of western approach, which is based on the norms, culture and beliefs of the Western societies. This has become a problem when these assessment tools are used in studies involving Muslim societies. This study was conducted to address this problem. This study has three objectives. First, is to set a personality assessment tool based on Islamic concept. Second, is to analyze the level of Muslim consumers personality and third is to evaluate the influence of Muslim consumers personality on Islamic Banking Institutions (IPI) preference. Application of IPI preference is caused by the low market shares of IPI in Indonesian, especially in Kampar regency, Riau Province. This low market share is not in line with the high percentage of Muslim population in Indonesia. This study combines qualitative and quantitative approaches and it is divided into two phases. The first phase is qualitative in order to achieve the first objective, data was obtained through library research and analyzed using content analysis. The first phase was complemented with interviewing of group of experts to ensure the accuracy of the conceptual framework of Islamic consumers personality. The second phase is quantitative in order to achieve the second and third objective.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
    Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 18 Jan 2017 12:25
    Last Modified: 11 Apr 2017 15:23
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31671

    Actions (login required)

    View Item
    Share