Afandi, Atiqah
(2015)
The Effects Of Gynura Procumbens Extracts On Drug Metabolizing Enzymes.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kebangkitan penggunaan ubat-ubatan herba di seluruh dunia, dan penggunaan bersama drug konvensional dan terapi tradisional telah menjadi kebiasaan. Gynura procumbens ialah herba malar hijau yang lazimnya dimakan secara mentah atau diminum sebagai teh di Malaysia. Walaupun pelbagai kajian mengenai aktiviti farmakologi Gynura procumbens telah dijalankan, interaksi di antara herba ini dengan enzim metabolisme drug masih tidak diketahui. Ini adalah kajian pertama berkaitan dengan modulasi ekstrak Gynura procumbens terhadap enzim metabolisme drug. Pengekstrakan daun Gynura procumbens dengan air, etanol dan metanol masing-masing menghasilkan peratusan hasil sebanyak 27.50%, 7.80% dan 4.20%. Kuantifikasi dua sebatian penanda kaempferol-3-O-rutinosida dan astragalin di dalam setiap ekstrak adalah berjaya kecuali ekstrak akueus Gynura procumbens. Setiap ekstrak etanol dan metanol masing-masing mengandungi kaempferol-3-O-rutinosida dan astagalin sebanyak 1.60% dan 1.79% dan 2.33% dan 3.83%.
Resurgence in the use of herbal medicines worldwide and the co-use of conventional drug and traditional therapies is becoming more common. Gynura procumbens is an evergreen herb that has been commonly eaten raw or drink as tea in Malaysia. Despite various studies conducted on the pharmacological activities of Gynura procumbens, the interaction between this herb with drug metabolizing enzymes is still unknown. This is the first study regarding the modulation of Gynura procumbens extracts towards drug metabolizing enzymes. Extraction of Gynura procumbens leaves with water, ethanol and methanol produced a percentage of yields of 27.50%, 7.80% and 4.20% respectively. Quantification of two marker compounds kaempferol-3-O-rutinoside and astragalin in each extracts is successful except for the aqueous extract of Gynura procumbens. Each ethanol and methanol extracts contain 1.60% and 1.79% and 2.33% and 3.83% of kaempferol-3-O-rutinoside and astragalin respectively.
Actions (login required)
|
View Item |