Rapie, Jalilah
(2016)
Identification And Mode Of Symbiosis For Mycorrhizal Fungi And Epiphytic Orchid, Dendrobium Crumenatum.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Dendrobium crumenatum adalah salah satu keluarga Orchidaceae, menghasilkan bunga putih, wangi dengan warna kekuningan di bahagian tengah yang kebiasaannya dipanggil sebagai orkid merpati. Orkid ini biasanya dijumpai di Malaysia hidup secara semula jadi di atas pokok di hutan tropika. Kebanyakan orkid bergantung kepada kulat mikoriza untuk tumbuh dan terus hidup. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan kulat mikoriza pada akar orkid epifit (Dendrobium crumenatum) dan kulit kayu pokok Pukul Lima (Samanea saman). Hubungan kulat mikoriza pada akar orkid epifit D. crumenatum dan kulit kayu pokok Pukul Lima (S. saman) boleh ditentukan dengan memerhatikan kehadiran peloton pada akar orchid epifit. Peloton diperhatikan dengan menggunakan dua kaedah keratan; potongan akar menggunakan tangan dan mikrotom. Sejumlah 251 pencilan kulat telah berjaya diperoleh daripada akar orkid epifit dan kulit kayu pokok Pukul Lima dengan dan tanpa pertumbuhan orkid.
Dendrobium crumenatum is one of the families of Orchidaceae, produces white, fragrant flower with a yellow tinted throat that commonly called as pegion orchid. This orchid is the most common in Malaysia found naturally on trees in the tropical forests. Most of the orchids were depend on orchid mycorrhizal fungi to establish and survive. Thus, the main objective of this study is to understand the relationship of the mycorrhizal fungi in epiphytic orchid roots of Dendrobium crumenatum and bark of Rain Tree (Samanea saman). The relationship of the mycorrhizal fungi in epiphytic orchid roots of (D. crumenatum) and bark of Rain Tree (S. saman) can be determined by observing the presence of peloton in the root of epiphytic orchid. The presence of peloton in the roots was observed by using two method of sectioning; hand section and microtome sectioning. A total 251 isolates of fungi were successfully isolated from roots of epiphytic orchid and bark of Rain Tree with and without growing orchid.
Actions (login required)
|
View Item |