Ponnusamy, Yasodha
(2016)
In Vitro Antibacterial And Wound Healing Properties Of A Standardized Polyphenols-Rich Fraction Of Dicranopteris Linearis (BURM.) Underwood.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Dicranopteris linearis (Burm.) Underwood merupakan sejenis paku-pakis
menjalar tanah yang digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit
kulit seperti bisul, ulser dan luka luaran. Sehingga kini, tiada kajian saintifik yang
dijalankan secara sistematik untuk menilai kegunaan etnofarmakologikal D. linearis
untuk mempercepatkan penyembuhan luka.Dalam kajian ini, ekstrak MeOH daripada
D. linearis telah diperkaya dengan sebatian bioaktif dengan menggunakan kaedah
berpandukan bioaktiviti. Salah satu fraksi ekstrak (F5) yang diperoleh telah didapati
memiliki aktiviti antioksidan dan aktiviti antibakteria yang signifikan terhadap S.
aureus dan P. aeruginosa. Analisis telah dilanjutkan untuk mengenal pasti kompoun
dalam fraksi aktif ini. Pemencilan sebatian telah dijalankan dengan menggunakan
gabungan teknik kromatokrafi.gel silica fasa terbalik dan normal.
Dicranopteris linearis (Burm.)Underwood is a ground creeping fern used
traditionally to treat various skin related ailments, such as boils, ulcers and external
wounds. To date, no scientific studies have been carried out to evaluate its
ethnopharmacological use in wound infection in a systematic manner. In the present
study, the MeOH extract of D. linearis was fractionated with the bioactive
constituents following a bioactivity-guided approach. A fraction (F5) of the extract
was obtained and it was found to possess significant antioxidant and antibacterial
activity against S. aureus and P. aeruginosa. Analysis was further carried out to
identify the chemical constituents of this active fraction. Isolation of the major
constituents was carried out using a combination of reversed-phase and normal-phase
silica gel chromatographic techniques.
Actions (login required)
|
View Item |