Ismail, Safura
(2015)
Social Impacts Of Tourism Development On Local Community In Mukim Kedawang, Langkawi Island.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Memahami impak sosial pembangunan pelancongan terhadap masyarakat tempatan adalah penting sebagai pra-syarat untuk pelancongan yang mampan. Pemahaman ini juga penting kepada pihak kerajaan dalam merancang pembangunan pelancongan dan membuat keputusan. Sejak tahun 1990-an, kesan pembangunan pelancongan telah berkembang pesat terutamanya dalam spektrum pulau-pulau dan taman laut. Memandangkan kebanyakan pulau-pulau di Malaysia mempunyai tarikan semula jadi yang tersendiri, maka lebih banyak pulau-pulau semakin maju sebagai tempat tarikan pelancong. Walau bagaimanapun, pembangunan pelancongan yang tidak sesuai boleh menyebabkan berlakunya impak sosial yang buruk di pulau-pulau, termasuk mendedahkan masyarakat setempat kepada gelagat pelancong asing yang mungkin bertentangan dengan budaya atau nilai kemasyarakatan. Kajian ini mengkaji impak sosial (positif dan negatif) terhadap masyarakat setempat di Mukim Kedawang, Pulau Langkawi. Pemilihan kawasan kajian adalah kerana ia merupakan tempat pelancongan yang paling diminati oleh pelancong tempatan dan antarabangsa iaitu Pantai Cenang. Kaji selidik telah dijalankan terhadap 346 penduduk tempatan di Mukim Kedawang dengan menggunakan persampelan mudah.
Understanding the social impacts of tourism development on local community is important and is crucial as precondition for a sustainable tourism. This understanding is also important for government in tourism planning and decision making. Since 1990s, the impacts of tourism development have grown tremendously especially in the spectra of islands and marine parks tourism. Despite the fact that most of the Malaysian islands are already having their natural attractions, more islands have been progressively developed as tourist attractions spot. However, inappropriate tourism development can lead to adverse social impacts on the islands, including exposing the local community to certain foreign behaviours that may be opposed to the island culture or community values. This research attempts to investigate the social impacts of tourism development on local community in Mukim Kedawang, Langkawi Island. The selection of study area because it is one of the favoured destination of domestic and international tourists namely Pantai Cenang. A self-administrated questionnaire survey was done on 346 local communities using a convenience sampling method in three village located in Mukim Kedawang.
Actions (login required)
|
View Item |