Iu , Chai Woei
(2016)
Natural Red Pigment With Antibacterial Activity From Nigrospora Sphaerica CL-OP 30, An Endophytic Fungus Isolated From Leaf Of Swietenia Macrophylla King.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Keperluan untuk mendapatkan pigmen semula jadi daripada sumber mikrob telah berkembang dengan pesatnya memandangkan kebanyakam pigmen sintetik didapati merbahaya kepada manusia. Namun begitu, banyak pigmen semula jadi daripada sumber alamiah yang lain adalah tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan industri. Dalam penyelidikan ini, enam pencilan kulat endofitik yang dipencilkan daripada daun Swietenia macrophylla telah dipilih sebagai subjek kajian tahap awal dan Nigrospora sphaerica CL – OP 30 telah dipilih sebagai sasaran tunggal kajian ini disebabkan oleh keupayaan kulat tersebut menghasilkan pigmen merah yang paling tinggi pada hari ke-14 dengan hasilan sebanyak 0.1471 OD/g berbanding dengan pencilan lain. Kulat tersebut didapati menghasilkan lebih banyak pigmen merah dalam keadaan pengkulturan bercahaya tanpa kehadiran ekstrak tumbuhan perumahnya dan saiz inoculum terbaik adalah dengan kehadiran dua plag kulat berdiameter 1 cm.
The demand for natural pigment from microbial sources are growing rapidly since most of the synthetic pigments are found to be hazardous to mankind, and most of the natural pigments obtained from other natural sources are insufficient for the industrial purposes. In this study, six endophytic fungal isolates which were isolated from Swietenia macrophylla were selected as the preliminary study subjects where Nigrospora sphaerica CL-OP 30 was eventually selected as the sole target for the study as the fungus produced highest yield of reddish pigment at day 14 with the 0.1471 OD/g of production compared to others. The higher pigmentation was favourable when the fungus was cultivated in light condition without the incorporation of host plant extract with the ideal inoculum size of the fungus, 2 fungal plugs with 1cm in diameter.
Actions (login required)
|
View Item |