Mohd Najib, Sumayyah Aimi
(2016)
Analisis Ruang-Masa Dan Impaknya Kepada Hasilan Sedimen Di Sungai Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pulau Pinang dengan keluasan tanah yang terhad telah mengalami perubahan gunatanah yang pesat dari segi pertanian, petempatan, perbandaran dan pelbagai aktiviti manusia sejak 20 tahun kebelakangan ini. Perubahan gunatanah adalah salah satu daripada beberapa faktor penting yang mempengaruhi degradasi tanih oleh hakisan. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganggarkan hasilan sedimen lampau menggunakan Universal Soill Loss Equations (USLE) dan pertaliannya dengan perubahan gunatanah yang berlaku bagi tahun 1974, 1984, 2004 dan 2012 bagi 19 lembangan sungai di kawasan Barat Daya Pulau Pinang. Lima faktor utama yang diambil kira dalam pengiraan USLE dalam menganggarkan kehilangan tanih adalah faktor R bagi erosiviti hujan, faktor K - erodibiliti tanih, faktor LS- panjang cerun, faktor C- pengurusan penanaman dan faktor P- amalan kawalan hakisan. Metodologi yang digunakan ialah melibatkan pengumpulan data primer (persampelan sedimen dan pengukuran aliran sungai), dan data sekunder (peta gunatanah, jenis tanih dan rekod hujan). Keluk kadaran dan USLE digunakan untuk mengganggarkan hasilan sedimen. Analisis Landskap Metrik juga digunakan bagi mengkaji gunatanah mana yang dominan dan kesan rebakan yang mempengaruhi nilai hasilan sedimen.
Pulau Pinang has limited sources of land, and has been undergoing a rapid land use changes through agriculture, settlement, and urbanisation and many more human activities. Land use changes is one of the many important factors controlling the land degradation by erosion. The main objective of this study is to estimate past sediment yield using Universal Soill Loss Equations (USLE) and its relationship with land uses in 1974, 1984, 2004 and 2012, for 19 catchments in the Barat Daya Region of Pulau Pinang. Five factors that adapted to the study areas using USLE were factor R is the rainfall erosivity; K is the soil erodibility; LS is the slope length and steepness factor; C is the land cover and management factor and P is the support conservation practice factor. Methodology used involves primary data collection (sediment sampling and streamflow gauging), and secondary data collection (land uses and soil maps; past rainfall records). Landscape Metrics Analysis was used to investigate which land uses were dominant and the spreading of the land uses affecting the sediment yield.
Actions (login required)
|
View Item |