Ekskavasi Tapak Monumen SB1P, SB1Q, SB1W Dan SB1X Di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah

Yusof, Suhana (2016) Ekskavasi Tapak Monumen SB1P, SB1Q, SB1W Dan SB1X Di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (964Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian arkeologi ini melibatkan empat tapak iaitu SB1P, SB1Q, SB1W dan SB1X di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Kajian bermula daripada tahun 2011 hingga 2012. Tujuan utama kajian ialah untuk mengenalpasti fungsi, usia dan rupa bentuk monumen setiap tapak berdasarkan bukti struktur binaan yang masih in-situ. Kajian telah menggunakan gabungan kaedah kerjalapangan (survei, pembersihan kawasan dan penentuan titik datum, pemasangan tali grid dan pemetaan tapak kajian, penamaan tapak dan petak dan proses ekskavasi) dan kerja makmal (pentarikhan dan analisis kuatitatif) serta interpretasi. Hasil ekskavasi kesemua empat tapak telah mendedahkan bangunan utama berbentuk segi empat, di samping itu terdapatnya struktur lantai, tembok, koridor, laluan pejalan kaki dan bukti berbumbung berdasarkan jumpaan atap genting dan pelapik tiang. Pentarikhan dengan kaedah Rangsangan Pendar Kilau Optik (OSL) terhadap bata telah memberikan tarikh tapak SB1P (kurun ke-3 Sebelum Masihi- kurun ke-3 Masihi), SB1Q (kurun pertama Sebelum Masihi- ke-2 Masihi), SB1W (kurun ke-5 Sebelum Masihi- kurun pertama Masihi) dan SB1X (kurun ke-2- ke-3 Masihi). Tarikh OSL ini mencadangkan tarikh pembinaan setiap tapak manakala tarikh dengan kaedah radiokarbon untuk tapak SB1P (kurun ke-5- ke-13 Masihi), SB1Q (kurun ke-3 Masihi- ke-17 Masihi), SB1W (kurun ke-7 Masihi- ke-13 Masihi) mencadangkan tarikh dan aktiviti di setiap tapak berkenaan. This archaeological study involved four sites, namely SB1P, SB1Q, SB1W and SB1X located in Sungai Batu Complex, Lembah Bujang, Kedah. It was conducted in 2011 to 2012. The primary objective of the study is to identify the function, age and building design of each site based on in-situ architectural data. Studies have used a combination of fieldwork methods (surveys, site clearing and datum point setup, gridding and site mapping, site and trench labelling, and excavation), lab work (dating and quantitative analysis) and interpretation. Excavation results from all four sites have revealed a rectangular main building, as well as structural floor, walls, corridors, walkways and covered roofs, signified by the discovery of a roof tiles and pillar base. Optically Stimulated Luminescence (OSL) dating method on bricks designates site SB1P to 3rd B.C – 3rd C.E, site SB1Q to 1St B.C- 2nd C.E, SB1W to 5th B.C- 1st C.E and SB1X to 2nd C.E- 3rd C.E. These OSL dates suggest the date of construction, while radiocarbon dates obtained from site SB1P (5th C.E to 13th C.E), SB1Q (3rd C.E to 17th C.E), SB1W (7th C.E to 13th C.E) proposed a continuation of activities on each site.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology
    Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 30 Dec 2016 16:12
    Last Modified: 30 Dec 2016 16:12
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31357

    Actions (login required)

    View Item
    Share