Satu Analisis Deskriptif Projek Mikropinj: Projek Sosial Universiti Sains Malaysia

Mohd Fazil, Siti Nor Liana and Shuib, Rashidah and Dzulkifli, Rosli (2016) Satu Analisis Deskriptif Projek Mikropinj: Projek Sosial Universiti Sains Malaysia. In: 3rd KANITA POSTGRADUATE INTERNATIONAL CONFERENCE ON GENDER STUDIES, 16 – 17 November 2016, Universiti Sains Malaysia, Penang.

[img]
Preview
PDF
Download (453Kb) | Preview

    Abstract

    Dimensi sosial bukanlah satu perkara asing dalam pendidikan pengajian tinggi. Kepentingan peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam pembangunan negara boleh dilihat dalam sumbangannya ke arah pencapaian kesetaraaan, penyatuan sosial (social cohesiveness), kewarganegaraan aktif dan masyarakat yang berkemahiran tinggi. Hal ini dipersetujui dalam beberapa persidangan pengajian tinggi di peringkat antarabangsa. Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi APEX yang berpegang kepada paradigma bahawa sesebuah universiti itu bukanlah hanya sebuah menara gading semata-mata, tetapi harus bergerak sebagai sebuah institusi ilmiah yang menyumbang kepada masyarakat secara langsung dalam menyelesaikan masalah bersandarkan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy). Bermula dengan penyelidikan tindakan (action research) pada lewat tahun 1980-an yang menghasilkan projek mikro kredit dan penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), USM mengambil keputusan bahawa pendekatan mikro kredit sepatutnya dipanjangkan kepada kakitangannya sendiri, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kertas ini membentangkan analisis deskriptif Projek Mikro Pinj yang dilancarkan pada tahun 2008 dengan wang yang disumbangkan oleh kakitangan USM sendiri, terutama kakitangan akademik yang berpangkat Profesor dan Profesor Madya. Seramai 136 orang kakitangan menjadi peminjam sepanjang projek ini dilancarkan. Kertas ini akan menganalisis kesemua profil peminjam, jenis-jenis projek yang dijalankan terutama sekali perbezaan projek antara peminjam lelaki dan wanita. Di samping itu, berdasarkan data kuantitatif dengan 27 orang peminjam wanita sebagai sampel, beberapa perincian gender seperti sokongan keluarga dan suami serta peranan peminjam wanita membuat keputusan dalam keluarga akan juga dibentangkan. Faktor kegagalan beberapa projek dan masa hadapan projek akan diteliti secara ringkas.

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
    Divisions: Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Centre for Research on Women and Gender) > KANITA Postgraduate International Conference on Gender Studies (KPICGS)
    Depositing User: Mr Noorazilan Noordin
    Date Deposited: 29 Dec 2016 09:09
    Last Modified: 29 Dec 2016 09:09
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31345

    Actions (login required)

    View Item
    Share