Sejarah Dan Keragamannya Di Pulau Pinang.

Mohamed, Noriah (2003) Sejarah Dan Keragamannya Di Pulau Pinang. In: Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang, 17-18 September 2003, Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (1816Kb) | Preview

    Abstract

    Dari segi bahasa, sebagaimana aspek-aspek sosial lain, tidak banyak yang diketahui mengenai Pulau Pinang pada masa silam. Boleh dikatakan agak kurang catatan tentang bahasa di pulau ini secara khusus dan mendalam, sama ada sebelum kedatangan British atau sekarang ini. Setakat ini hanya terdapat tiga huraian ragam2 atau dialek Melayu Pulau Pinang3 sementara huraian lain tentang dialek ini dimasukkan dalam huraian dialek Kedah4. Kebanyakan kajian tentang dialek Melayu Pulau Pinang atau Kedah ini merupakan huraian (sinkronik) linguistik tulen, yakni huraian berbentuk kajian kata atau leksikal; fonetik dan fonologi atau sebutan; morfologi atau pembentukan kata;dan sintaksis atau pembentukan ayat. Huraian sosial (termasuk sejarah, fungsi, penutur, pola penggunaan, dan sebagainya) tentang dialek ini boleh dikatakan tiadu dan jika ada pun bertaburan di sana sini dan memerlukan usaha yang lebih untuk mengumpulkannya.Dengan demikian kertas kerja ini akan mencuba meninjau dan meneliti senario.

    Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
    Subjects: D History General and Old World > DS Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
    P Language and Literature
    Divisions: Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (Library) > Koleksi Malaysiana dan Arkib (Malaysiana and Archive Collections) > Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang
    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities)
    Depositing User: Mr Erwan Roslan
    Date Deposited: 23 Dec 2016 08:21
    Last Modified: 23 Dec 2016 09:01
    URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/31305

    Actions (login required)

    View Item
    Share